loading...

Thursday, 27 October 2016

Tiada layanan istimewa dari suami ketika mengandung - Adira


Hubungan antara Adira dan suaminya Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red menjadi bertambah erat apabila Adira disahkan mengandung dan kini kandungannya sudah pun menjangkau usia 5 bulan.
Namun, Adira mengakui yang dia tidak menjadikan alasan mengandung untuk mendapat sebarang layanan istimewa dari suaminya.
“Suami bijak membahagikan masa sama seperti dahulu. Dalam erti kata lain antara saya dengan isteri pertama, tak ada yang lebih atau kurang. Pendek kata dia berlaku adil,”
Dia juga tiada 'mood' untuk memegang telefon bimbit dan seboleh-bolehnya tidak mahu menjawab sebarang panggilan atau mesej.
“Jadi, kalau ada mana-mana pihak yang mengeluh dengan sikap itu, saya mohon maaf. Saya bukannya sengaja, tapi itulah yang dinamakan pembawaan budak. Namun memasuki usia tiga bulan, saya okey dan kembali seperti sedia kala,” katanya.
Selain itu, boleh dikatakan sepanjang masa Adira akan mengunyah sesuatu sehinggakan berat badannya naik sehingga 14kg. Menariknya, suaminya juga turut terkena tempias kerana selera makannya juga bertambah.
Dalam perkembangan lain, Adira juga telah memperlahankan sedikit kerjaya seninya.
“Bukan apa, suami sangat bimbang dengan keadaan saya terutama membabitkan perjalanan jauh sama ada menaiki pesawat atau kereta. Oleh itu dia meminta saya berfikir banyak kali, tapi dia tak menghalang untuk menyanyi." katanya kepada Harian Metro.
Tag : Adira AF , Artis Mengandung , Berita Artis , Hamil , Penyanyi , Suami Isteri

Nieyl Mentor 2 yang kini hamil anak ke-2 (8 gambar)


Naib Juara Program Mentor Musim kedua, Nieyl kini sedang sarat mengandung anak ke-2. Dan kemungkinan besar akan dijadualkan bersalin pada bulan Disember tahun ini.
"Alhamdulilah, jika diikutkan tarikh doktor saya mungkin bersalin 29 Disember. InsyaAllah, anak perempuan juga. Yang sulung pun perempuan. Setelah menanti 7 tahun baru dapat seorang lagi," ujar Nieyl memetik MediaHiburan

Tag : Artis Mengandung , Bersalin , Gambar Artis , Hamil , Instagram , Nieyl Mentor , Penyanyi

Tomok pernah dibaling telur


Tomok memberitahu ada beberapa individu yang pernah melakukan khianat termasuklah membaling telur kepadanya ketika populariti New Boyz akhirnya tampil memohon maaf.

Tomok sudah melupakan kisah pada awal kemunculannya dahulu biarpun mengakui agak fobia dengan tindakan agresif beberapa pihak yang tidak suka dengan kumpulan muzik dianggotainya itu.
"Ada beberapa inidvidu yang datang kepada saya dan meninggalkan komen di Instagram meminta maaf kerana pernah memarahi dan membaling telur kepada saya ketika saya dan New Boyz mengadakan persembahan suatu masa dahulu.

"Saya tidak kisah dengan hal itu kerana ia sudah lama berlalu dan mereka semua juga sudah membesar seperti saya. Dulu mereka juga remaja dan tidak matang lagi,

"Pertama kali saya dibaling objek ketika persembahan di Melaka dan selepas itu apabila kami ke semua tempat, ada sahaja orang yang baling sehingga membuatkan saya takut dan fobia untuk naik ke pentas.

"Masa itu saya sentiasa berfikir apa kesalahan yang saya lakukan sehingga dibenci sedemikian rupa," ujarnya memetik mStar Online

Anak Hanis Zalikha, Hairul Azreen terkini (14 gambar, video)




video
Tag : Anak Artis , Gambar Artis , Hairul Azreen , Hanis Zalikha , Instagram , Pelakon , Suami Isteri , Video Artis

Wednesday, 26 October 2016

Iklan mencuit hati ala tamil dari Datuk Aliff Syukri



video

Satu, dua tak cukup, Che Ta melancong bawa 20 bagasi!


Che Ta atau nama sebenar, Rozita Che Wan membuat pendedahan membawa lebih 20 bagasi setiap kali bercuti ke luar negara.

Normal. Itulah yang dikatakan Che Ta mengenai jumlah bagasi yang dibawa setiap kali bercuti bersama keluarga tercinta. Menurut Che Ta, dia sendiri yang akan mengemas bagasi suami dan anak-anak kerana mahu pakai sedondon setiap hari.
"Saya akan letakkan setiap pakaian yang akan kami pakai mengikut hari, satu bag untuk satu hari.
"Jadi mudahlah kerana setiap satu bagasi itu saya sudah suai padankan serta dengan rona atau tema yang sama.
"Selebihnya saya akan asingkan satu bagasi untuk handbag serta kasut-kasut saya pula," katanya kepada Astro Gempak.
Semua sedia maklum, Che Ta dan fesyen bagai tidak dapat dipisahkan. Dia mengaku, ia adalah satu kerja yang memenatkan apabila proses mengemas kesemua 20 bagasi yang akan dibawa mengambil masa hingga satu hari.
"Meskipun saya sudah mengasingkan lebih awal apa yang mahu dibawa tetapi untuk siapkan semua, ambil masa hingga satu hari juga.
"Dalam masa satu hari itu saya akan fokus dengan bagasi dan pakaian sehingga ia selesai," katanya.

loading...