loading...
Showing posts with label mati. Show all posts
Showing posts with label mati. Show all posts

Saturday, 19 November 2016

Ambik Kau! Nak Sangat Tunjuk Gambar Aset Berani Mati Akhirnya Terkantoi Dan Memakan Diri Sendiri !!.






 Ambik Kau! Nak Sangat Tunjuk Gambar Aset Berani Mati Akhirnya Terkantoi Dan Memakan Diri Sendiri !!.


Friday, 11 November 2016

Maut Tersepit Dalam Mesin Bancuh Tepung



Maut Tersepit Dalam Mesin Bancuh Tepung|Johor Bahru: Seorang wanita pekerja kilang maut akibat tersepit dalam mesin pembancuh tepung di tempat kerjanya di Jalan Sri Wangi, Taman Perindustrian Desa Plentong, Bandar Baru Permas Jaya di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Superintendan Sulaiman Salleh berkata kejadian berlaku pada 12.43 tengah hari ketika mangsa yang dikenali sebagai Noridah Nazir, 42, sedang melakukan kerja rutinnya sebagai penjaga mesin bancuh tepung itu,
Tangan kanan mangsa dipercayai termasuk ke dalam mesin bancuhan itu sehingga menyebabkan badannya juga tertarik ke dalam.
“Mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dan polis tidak menjumpai apa-apa kesan yang menjurus kepada perbuatan jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Bagaimanapun, Sulaiman berkata siasatan masih diteruskan dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk bedah siasat.mymetro

Kisah Pilu Kembar Mati Bersama Tetancap Dalam Lumpur



Kisah Pilu Kembar Mati Bersama Tetancap Dalam Lumpur|Dua beradik Riko dan Brian 8 tahun yang merupakan kembar lelaki ditemukan mati lemas (kepala dan badan tertancap dalam lumpur) dalam sebuah kolam pada minggu pagi kemarin 06.11.2016
Dalam kejadian yang berlaku di batam,kedua beradik itu dan beberapa rakannya berniat untuk memancing di sebuah kolam galian projek bangunan dengan kedalam 7 meter dan luasnya kira kira 4 x 7 meter yang sebelum ini adalah rawa.
Kumpulan kanak kanak ini berniat memancing karena salah seorang di antara pernah melihat ikan besar dalam kolam galian itu.
Ketika dalam kejadian Brian telah melarang kembarnya untuk memancing di kolam itu,brian sendiri memilih untuk mandi,diapun langsung terjun menceburkan diri dalam kolah galian itu dengan bagian kepala terlebih hadulu.
Tapi setelah itu Brian tidak timbul timbul ke permukaan,risau dengan keadaan adiknya itu Riko cuba memberikan pertolongan dengan cara terjun yang sama kedalam galian,namun sama seperti nasib adiknya,keduanya tak timbul timbul.

Melihat kejadian itu, rakannya lagi memaklumkan kepada bapa kedua mangsa Saiful 35,Dengan kaki yang cacat,bapa kedua mangsa bersungguh lari kelokasi kejadian cuba menyelamatkan kedua anaknya.
Namun Tuhan berkehendak lain,kedua anaknya sudahpun meninggal dunia karena terperangkap dalam lumpur kolam galian itu.
Kedua mayat mangsa ditemukan kakinya di bagian atas sementara kepala dan badannya tertancap di dalam lumpur kolam itu.
Dimaklumkan Setahun lalu kedua mangsa kembar ini ditinggal pergi oleh ibu kandung mereka setelah ayahnya terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya.
Dalam keadaannya yang kini dikatakan cacat kaki,Saiful sebagai tulang punggung keluarga tidak bisa berbuat banyak untuk memenuhi kebutuhan mereka.
Sejak daripada itu,isterinya pergi entah kemana hingga kini tiada kabar.Dalam keadaan itu Saiful berjuang membesarkan tiga anaknya termasuk kedua mangsa dibantu oleh saudaranya.
“Saya tak sangka anak saya pergi secepat itu” luah saiful menyembunyikan kesedihannya di hospital Ef batam.
Dari lokasi kejadian Ranggi memberitakan dalam talian Eberita Nusantara News

Thursday, 10 November 2016

Suami Memasukkan Tangan Dalam Kemaluan Isteri Hingga Mati Kerana Enggan Berasmara!



UTTAR PRADESH – Seorang lelaki sanggup membunuh isteri yang dikahwininya selama 15 tahun semata-mata kerana wanita itu enggan melakukan seks, kemudian hanya duduk di sebelah mayat sambil meminum arak selama lebih enam jam sehingga polis tiba di tempat kejadian dan menangkapnya.
Rajiv Sharma bertindak sedemikian kerana berang keinginannya ditolak oleh isterinya, Meenu Sharma.
Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 tahun. Insiden itu dilaporkan kakak Meenu yang juga tinggal di kawasan sama di kampung Nariyawal, daerah Bareilly.
“Sebaik tiba di tempat kejadian kami menemui mayat wanita itu berlumuran darah, manakala suaminya duduk di sebelah. Bagaimanapun, tiada kecederaan luaran pada badan, hanya darah yang banyak,” kata pegawai polis Santosh Kumar.
Sebelum itu, pihak polis berhadapan masalah memujuk Rajiv membuka pintu pagar rumahnya.
Menurut polis, Rajiv mengaku bertanggungjawab melakukan jenayah itu dan memberitahu, dia memasukkan lengan kanannya ke dalam kemaluan isterinya sehingga menyebabkan kematian.
“Walaupun dia mengaku menyebabkan kematian isterinya, kami masih menunggu laporan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian,” kata pegawai penyiasat.
Menurut sumber, Rajiv dikatakan mengalami masalah paranoia dan mendakwa isterinya pergi berjumpa seseorang di bandar.
Selepas ditahan semalaman di Balai Polis Bithri, Rajiv dibawa ke mahkamah rendah kelmarin. Mahkamah mengarahkan dia direman 14 hari.
Sementara itu, penyewa yang tinggal di rumah yang sama dengan pasangan itu berkata: “Saya sedang tidur ketika kejadian berlaku. Mereka kerap bergaduh. Selain daripada itu saya tidak tahu apa-apa.” 

Saturday, 29 October 2016

[VIDEO - Rakaman video cctv ketika Mirna minum kopi beracun] - Asmara Cinta Segi Tiga Berhujung Maut Dengan Segelas Kopi Beracun



Asmara Cinta Segi Tiga Berhujung Maut Dengan Segelas Kopi Beracun|Seorang wanita Jessica Kumala 27 telah dijatuhi hukuman 20 tahun penjara kamis semalam selepas di dapati bersalah membunuh Sahabatnya Mirna Salihin 27 dengan kopi beracun.
Diduga motif pembunuhan tersebut adalah berkait “cinta segi tiga “perasaan Cemburu dari Jessica kepada sahabatnya mirna yang sudah memiliki suami bernama Arief.
Dalam kejadian yang berlaku awal januari lalu,Mirna mengalami kejang kejang selepas minum kopi yang diletakkan racun jenis Sianida bersama Jessica disebuah Restoran di Jakarta,Mirna yang  sempat dirawat di Hospital akhirnya meninggal dunia beberapa hari selepas kejadian.
Naluri seorang ibu yang merasa kematian anak gadisnya itu tidak wajar membuat permohonan membongkar semula kubur anaknya untuk dibedah siasat.
Sebulan selepas kejadian rupanya naluri ibu itu tidak salah, polis yang menyiasat menetapkan Jessica Kumala sebagai suspek atas kematian Mirna,sementara motif pembunuhan dipercayai akibat dari rasa cemburu Jessica kepada mangsa yang mesra dengan suaminya Arief Soemarko.
Jessica dalam sidang yang berlangsung kamis 27.10.2016 mengaku tidak menyesali perbuatannya,ketika hakim membacakan  hukuman, jessica dilihat dalam keadaan tenang dan tidak sedikit pun rasa bersalah.
Hakim Anggota Partahi Tulus Hutapea menyebutkan, bahwa Jessica yang juga merupakan warga Australia meninggalkan tanah kelahirannya itu karena memiliki record hitam berkait dengan kes dadah.
Katanya Jessica datang ke indonesia bukan untuk belajar melainkan lari dari masalah di negaranya Australia.
Ketika sampai di indonesia jessica bertemu dengan mirna dan belajar di satu kolej yang sama kemudian menjadi sahabat rapat dalam beberapa tahun,dalam pertemuan larut malam disebuah restoran  itu Jessica cemburu melihat kemesraan Mirna dengan suami,dimana Jessica selama ini sebenarnya menaruh perasaan cinta pada Arief suami mirna.
Selain itu Jessica Mengaku memutuskan untuk membunuh Mirna karena mangsa menasihatkan defendan untuk berpisah dengan teman lelakinya bernama Patrick yang terlibat dengan dadah, dan pembunuhan itu telah dirancang dengan teliti.
Kisah cinta segi tiga Ala Drama Korea Sabun mandi yang melibatkan dua sahabat karib dari keluarga golongan elit itu mendapat liputan meluas media di Indonesia dan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen di negara itu.
Pihak berkuasa Australia turut terlibat membantu siasatan kes tersebut selepas pentadbiran Presiden Joko Widodo memberi jaminan bahawa Jesicca tidak akan dikenakan hukuman mati jika didapati bersalah.

Rekaman video cctv ketika mirna minum kopi beracun




loading...