Friday, 26 August 2016
Thursday, 25 August 2016
4 Rahsia Pasangan Berusia Masih Mampu Mengalami Seks Yang Hangat
Bagaimana kehidupan seks anda dengan tiba-tiba bertukar menjadi hambar? Hakkatnya hampir 57 peratus lelaki yang berada dalam hubungan jangkamasa panjang tidak berpuas hati dengan kehidupan seks mereka.
Manakala hampir 32 peratus lagi berkata mereka masih berupaya mendapatkan kepuasan seksual yang sama seperti yang mereka alami ketika di awal musim perkahwinan mereka.
Ikuti tabiat yang mereka amalkan untuk mendapatkan seks yang lebih memuaskan – tidak kira berapa lama anda telah bersama dengan pasangan anda itu.
1. Mereka Menunjukkan Sayang Mereka Setiap Masa
Salah satu petunjuk terbesar yang boleh memastikan kepuasan seksual bukanlah mainan ataupun sesuatu yang menjijikkan. Ini adalah tentang bagaimana perhubungan pasangan tersebut ketika berada di luar bilik tidur.
Ambil masa untuk menunjukkan kasih sayang anda padanya pada setiap masa – bukan hanya ketika anda mahukan seks.
2. Mereka Berbincang Mengenai Seks
Kurang dari 40 peratus lelaki yang dibanci pernah meminta sesuatu yang mereka inginkan di bilik tidur pada bulan lepas.
Lebih banyak pasangan itu bercerita mengenai seks – tidak kira samada meminta sesuatu untuk dilakukan, memuji si dia ataupun meminta maklumbalas pasangan – ia akan memberikan lebih kepuasan kepada pasangan tersebut
3. Fokus Pada Kenikmatan Si Dia
Salah satu perkara terbesar yang menandakan samada si dia mengalami kepuasan seksual adalah jika si dia berupaya untuk mencapai orgasma.
Orgasma jarang dikaitkan dengan kepuasan kaum lelaki kemungkinan kerana ia mudah untuk dicapai oleh kebanyakan lelaki. Namun ia lebih sukar kepada kaum wanita kerana kita perlu memahami anatomi tubuh mereka untuk mengetahui cara mengendalikan mereka.
4. Mereka Merancang Suasana Seks
Menyalakan lilin sambil memutarkan muzik yang romantik boleh meransang seseorang wanita untuk melakukan hubungan seks dengan anda. Menghidupkan mood dan suasana dapat membantu anda untuk menggoda pasangan anda untuk ke atas katil.
Tidak ramai yang mengambil masa untuk melakukan perkara tersebut namun ia benar-benar berkesan untuk menghangatkan hubungan seks anda.
TAKKAN BACA JER! KOMEN LA SIKIT BRO
Bagaimana Ingin Memilih Roti Yang Benar-Benar Berkhasiat
Kadangkala memilih roti yang sesuai ketika berada di pasaraya benar-benar boleh mengelirukan anda.
Walaupun kita sudah pun sedia maklum bahawa tidak setiap roti dihasilkan dengan cara dan bahan yang sama namun bagaimana untuk kita mengenalpasti bahawa roti yang kita pilih itu adalah merupakan roti yang terbaik adalah lebih susah.
Persoalannya adalah anda tidak perlu berasa takut untuk mengambil karbohidrat jenis ini. Roti boleh menjadi sumber nutrisi yang cukup bagus untuk diet anda.
Berikut adalah beberapa langkah yang harus anda ikuti untuk mengenalpasti roti yang berkhasiat.
1. Memilih Roti Jenis Gandum
Apabila anda memilih roti, anda haruslah beralih kepada roti jenis gandum. Barangan gandum selalunya mengandungi sepenuhnya bijirin.
Ia juga kaya dengan protein, serat, vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh anda.
2. Mencari Label 100% Bijirin
Setiap roti juga boleh menamakan diri mereka sebagai roti penuh bijirin walaupun ia cuma mengandungi 51 peratus bijirin sahaja.
Kerana itulah ia sangat penting untuk anda memeriksa label roti yang berada di pasaran untuk memastikan ia benar-benar mempunyai 100% penuh bijirin.
Apabila tiba masa untuk memilih di antara roti biasa dan organik, anda boleh cuba jimatkan duit dan abaikan jenis yang organik.
3. Kurang Bahan Bermaksud Roti Lebih Baik
Ketiadaan bahan perasa tiruan, pewarna dan pengawet juga adalah faktor yang cukup penting untuk diambil kira apabila membeli sebuah roti.
Cuba untuk membaca bahan-bahannya dengan kuat dan jika ada yang sukar untuk anda sebut, maka anda patut tinggalkan jenama roti tersebut.
4. Fokus Pada Serat
Anda telah banyak kali diingatkan oleh pakar diet tentang betapa pentingnya kehadiran serat untuk diet anda.
Ia membantu anda untuk berasa lebih kenyang, menggalakkan pergerakan usus secara sihat dan juga memperbaiki kesihatan perut.
TAKKAN BACA JER! KOMEN LA SIKIT BRO
5 Kebaikan Mengambil Sedikit Waktu Untuk Baring Sebentar
Berbaring selalunya memberikan reputasi yang buruk kepada seseorang – terutamanya apabila ia dilakukan di tempat kerja.
Tidur yang berlebihan boleh membantu meningkatkan memori, mengurangkan tekanan di samping memperbaiki kehidupan seks anda kerana anda akan berasa lebih hebat selepas anda bangun.
Berikut adalah beberapa sebab yang boleh menyokong sebab mengapa anda perlukan masa tidur yang berlebihan pada ketika ini.
1. Anda Kekurangan Tidur
Anda sepatutnya mendapatkan sekurang-kurangnya tujuh hingga sembilan jam waktu untuk tidur.
Jika sukar untuk anda mendapatkan waktu tidur yang secukupnya maka berbaringlah jalan yang terbaik untuk menggantikannya.
2. Membantu Anda Menjadi Cerdik
Berbaring selepas mempelajari mengenai sesuatu boleh membantu anda untuk mengingati tentang perkara tersebut 5 kali lebih baik.
Menurut kajian apabila minda anda berada di dalam keadaan tenang ia membolehkan ia untuk mengingati tentang lebih banyak perkara dengan lebih berkesan.
3. Hanya Untuk Sebentar Saja
Berbaring selama 16 hingga ke 20 mnit boleh membantu anda untuk berasa lebih bertenaga di mana anda akan bangun sambil berasa seperti anda adalah orang yang baru.
Kimia di dalam otak anda akan kembali seimbang ketika anda tidur membolehkan anda berasa lebih peka walaupun baru tidur sebentar.
4. Mengurangkan Selera Makan
Jika anda kurang tidur, anda mempunyai potensi yang besar untuk meningkatkan berat badan anda menurut kajian pakar.
Ini kerana kekurangan tidur boleh menghasilkan hormon gherkin yang mana menyebabkan selera makan anda bertambah.
5. Cara Terbaik Mengatasi Tekanan
Tekanan boleh menyebabkan meningkatnya kadar darah di dalam badan anda dan seterusnya boleh menyebabkan penyakit jantung.
Tidur membantu anda untuk meredakan tekanan anda dan seterusnya membantu tekanan darah anda untuk kembali normal.
TAKKAN BACA JER! KOMEN LA SIKIT BRO
More From: Sihat
4 Senaman Kardio Yang Membakar Lebih Kalori Lebih Daripada Anda Berlari
Kita semua merupakan peminat kepada aktiviti larian. Ia membenarkan anda untuk menghilangkan tekanan dan senaman bersifat ketahanan dengan hanya menggunakan kasut sukan dan jalan raya sahaja.
Ia juga boleh membantu anda membakar banyak kalori juga. Dengan larian sekurang-kurangnya 10 minit setiap satu batu – anda boleh membakar sehingga 10 kalori setiap satu minit.
Lebih senang untuk dirumuskan, lebih laju anda berlari maka anda berpotensi untuk membakar lebih banyak kalori.
Namun jika anda tidak berminat dengan aktiviti berlari, maka anda boleh melakukan banyak lagi jenis senaman yang boleh membantu anda untuk membakar lebih banyak kalori dengan lebih berkesan berbanding berlari.
1. Hayunan Kettlebell
Oleh kerana tubuh kita tidak biasa dengan gerak langkah yang sebegini, maka ia cukup berkesan untuk membakar kalori dan lemak terutama pada bahagian punggung, peha and pinggang.
Gerakan ekstrem yang dilakukan ketika menghayun kettlebell boleh membantu menghilangkan lemak yang terkumpul di perut dan juga peha.
2. Dayungan Tertutup
Aktiviti “indoor rowing” ini boleh membantu dalam proses membakar hampir 377 kalori melalui 30 minit dayungan padu.
Oleh kerana mendayung memerlukan anda menggunakan sepenuhnya kekuatan otot tangan, kaki dan belakang maka ia boleh menjadi salah satu latihan senaman yang berkesan.
3. Burpees
Latihan seperti ini boleh membantu orang yang mempunyai berat badan sebanyak 180 paun untk membakar hampir 1.43 kalori setiap satu burpee. Jika anda mampu lakukan lebih dari 7 kali maka anda boleh mencapai angka dua digit dengan lebih cepat.
Dengan melakukan 10 burpee dengan kadar yang laju boleh memacu kadar metabolisma anda sebanyak seperti kayuhan basikal selama 30 saat.
4. Airdyne Bike Sprints
Ia mungkin kedengaran agak gila untuk anda, namun ia mampu untuk membakar hingga 87 kalori dalam satu minit melalui basikal ini yang meningkatkan daya ketahanan apabila semakin laju pedalnya dikayuh.
Kuncinya adalah anda harus memberikan segalanya yang anda ada termasuk fokus, kekuatan dan keinginan dalam masa 60 saat itu.
TAKKAN BACA JER! KOMEN LA SIKIT BRO
5 Cara Bagaimana Berlari Memberi Kepada Zakar
Namun begitu masih terdapat beberapa perkara yang mana setiap pelari harus mengambil berat mengenainya.

1. Menyebabkan Kesakitan Buah Zakar
Secara kasar, sebanyak satu daripada tujuh orang lelaki akan mengalami kesakitan pada buah zakar mereka – yang mana disebabkan oleh keradangan pada sendi yang tidak berfungsi di skrotum anda.Namun dalam beberapa keadaan, berlari boleh menambahkan rasa sakit pada buah zakar anda. Oleh itu anda digalakkan memakai seluar yang longgar dan sesuai untuk melindungi bahagian sulit anda.
2. Masalah Bila Seluar Terlalu Ketat
Walaupun kadangkala sokongan tertentu membantu anda untuk berlari dengan lebih selesa, memakai seluar yang terlalu ketat juga kadangkala boleh mengundang masalah seperti menyekat aliran darah ke bahagian sulit anda dan menyebabkan kesakitan.Jika tubuh anda tiba-tiba berasa sakit dan kebas, itu menunjukkan bahawa tubuh anda sudah tidak mampu menahan kuasa mampatan tersebut.
3. Meningkatkan Ketegangan Zakar
Sesiapa yang selalu berlari – seperti dua kali seminggu atau lebih – boleh membantu melancarkan aliran darah mereka dan meningkatkan kesihatan jantung.Berlari juga boleh membantu meningkatkan keupayaan untuk zakar anda menegang dengan baik kerana aliran darah dilancarkan dengan baik dari jantung ke zakar anda.
4. Berlari Menguatkan Sperma Anda
Kita memiliki banyak bukti yang menyokong dakwaan bahawa memperbanyakkan aktiviti fizikal – terutamanya aktiviti berlari – boleh membantu menambahkan potensi kesuburan seorang lelaki.Lelaki yang aktif memiliki tahap sperma yang lebih tinggi. Ini kerana senaman yang berterusan boleh meningkatkan tahap testosteron pada seseorang lelaki yang menyokong bertambahnya kesihatan sperma mereka.
5. Terlalu Banyak Berlari Membahayakan Sperma Anda
Namun anda harus berhati-hati kerana jika anda terlebih berlari – anda akan mengalami pengurangan tahap testosteron dan juga mengurangkan kualiti semen anda.Pada suatu tahap jika anda sudah terlalu banyak berlari, ia boleh menimbulkan keradangan yang tidak dapat membantu tubuh anda untuk menghasilkan sperma yang berkualiti.
Wednesday, 24 August 2016
5 Kesilapan Yang Berpotensi Untuk Menggemukkan Anda
Lebih kurang lemak badan yang anda miliki, maka lebih mudah otot perut anda untuk lebih menonjol.
Anda boleh mula dengan mengurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan anda terutamanya makan malam namun janganlah anda buang ia terus dari diet harian anda.
Jika anda belajar untuk mengikut peraturan secara perlahan-lahan, kemungkinan besar anda akan mendapat otot yang anda ingini dan perut yang kempis sepanjang hidup anda jika diamalkan dengan betul.
Berikut adalah beberapa kesilapan yang anda kerap lakukan yang meyebabkan masalah kegemukan pada anda.
1. Meninggalkan Waktu Makan
Tidak makan apa-apa boleh menyebabkan anda merosakkan sepenuhnya kebolehan tubuh anda untuk mengawal selera makan anda.
Oleh itu jika anda meninggalkan sarapan atau sebarang waktu makan yang penting, otak anda akan kekurangan tenaga untuk mengatakan tidak kepada godaan makan yang tidak dapat dielakkan.
2. Makan Terlalu Cepat
Anda tidak seharusnya menolak keinginan anda untuk makan, tapi anda harus mengamalkan mengambil makanan secara perlahan-lahan.
Benarkan masa untuk tubuh anda benar-benar menikmati dan menghadam agar anda tidak makan dalam keadaan perut penuh.
3. Makan Dengan Banyak Hujung Minggu
Jika anda kerap berparti dan mengikuti majlis makan pada hujung minggu anda tentu akan mengalami masalah pada hari yang berikutnya.
Asid palmitik selalunya akan boleh didapati dalam lemak tepu yang terkandung dalam setiap hidangan hujung minggu anda dan ia seterusnya boleh menyebabkan keinginan anda untuk makan bertambah pada hari yang berikutnya.
4. Makan Snek Yang Masin
Sodium boleh menyebabkan terlebih makan tanpa kita sedari. Dan ia juga begitu cepat untuk bertambah.
Namun anda boleh mengurangkan ketagihan kepada snek yang masin setelah beberapa lama mengamalkan diet kurang garam.
5. Meminum Arak
Alkohol boleh menyebabkan berat badan anda bertambah dengan cara yang lebih mendadak. Cuba anda kira berapa banyak minuman keras yang telah anda ambil dan anda akan lebih terperanjat dengan hasilnya.
Selain dari membekalkan tiada kalori langsung, minuman keras membantutkan keinginan anda yang menyebabkan selera makan anda bertambah dengan mendadak.
TAKKAN BACA JER! KOMEN LA SIKIT BRO
More From: Sihat
4 Langkah Untuk Menggoda Si Dia Ketika Malam Pertama
Perkahwinan bukanlah merupakan salah satu daripada perkara terbesar yang berlaku di dalam hidup anda, malah ia adalah permulaan kepada beberapa pengalaman lain juga.
Dengan itu, malam pertama anda adalah permulaan untuk segala-galanya. Ia penting untuk menjadikan malam tersebut sesuatu yang indah dan penuh dengan memori bahagia.
Kepada lelaki yang baru sahaja mendirikan rumahtangga, anda perlulah berusaha keras untuk menghilangkan rasa gelisah dan gugup ketika menghadapi malam pertama kerana tanggungjawab itu terletak di bahu anda.
Untuk membantu para suami di luar sana, berikut ada beberapa tip yang anda boleh ikuti untuk menggoda isteri anda pada malam pertama.
1. Bermula Dengan Perlahan-lahan
Ia sudah menjadi kebiasaan untuk anda berasa gelisah ketika menghadapi masa untuk bermesraan dengan isteri anda pada ketika itu.
Dekati isteri anda dengan perlahan-lahan dan dengan tenang. Ini bukanlah tentang kemesraan fizikal dan memuaskan nafsu semata-mata.
Ini adalah permulaan suatu asas perhubungan untuk jangkamasa panjang.
2. Berikan Keselesaan Kepadanya
Ini adalah penting untuk memastikan isteri anda berasa selesa ketika melayari malam pertama bersama anda. Si dia pun turut memiliki perasaan berdebar yang sama seperti anda juga.
Cuba untuk legakan perasaan si dia dahulu. Hilangkan rasa gugup si dia dan bercakap dengannya seperti dia adalah rakan anda.
Biarkan si dia selesa bila bersama anda dahulu sebelum memulakan sebarang langkah intim.
3. Satu Langkah Demi Satu Langkah
Mulakan sesi tersebut dengan menggodanya terlebih dahulu. Mulakan dengan sedikit pujian dan jaga “eye contact” anda ketika bersama.
Tunggu sehingga sifat-sifat malunya hilang dan dia mula berasa selesa bersama anda.
Sikap bersahaja anda dapat membantu si dia untuk membuka hati mereka sedikit demi sedikit untuk bercantum dengan anda secara emosi dan juga fizikal.
4. Hadiah Yang Berharga
Sudah menjadi kebiasaan dalam setiap tradisi kepada seorang pengantin lelaki untuk menghadiahkan sesuatu pada pengantin perempuan ketika malam perkahwinan.
Ia adalah cara yang paling sesuai untuk menjadikan isteri anda berasa diri mereka cukup dihargai dan selesa bersama anda.
TAKKAN BACA JER! KOMEN LA SIKIT BRO