loading...

Thursday, 25 August 2016

Bagaimana Ingin Memilih Roti Yang Benar-Benar Berkhasiat

roti terbaik

Kadangkala memilih roti yang sesuai ketika berada di pasaraya benar-benar boleh mengelirukan anda.

Walaupun kita sudah pun sedia maklum bahawa tidak setiap roti dihasilkan dengan cara dan bahan yang sama namun bagaimana untuk kita mengenalpasti bahawa roti yang kita pilih itu adalah merupakan roti yang terbaik adalah lebih susah.

Persoalannya adalah anda tidak perlu berasa takut untuk mengambil karbohidrat jenis ini. Roti boleh menjadi sumber nutrisi yang cukup bagus untuk diet anda.

Berikut adalah beberapa langkah yang harus anda ikuti untuk mengenalpasti roti yang berkhasiat.

cari semua bijirin

1. Memilih Roti Jenis Gandum

Apabila anda memilih roti, anda haruslah beralih kepada roti jenis gandum. Barangan gandum selalunya mengandungi sepenuhnya bijirin.

Ia juga kaya dengan protein, serat, vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh anda.

kenali label

2. Mencari Label 100% Bijirin

Setiap roti juga boleh menamakan diri mereka sebagai roti penuh bijirin walaupun ia cuma mengandungi 51 peratus bijirin sahaja.

Kerana itulah ia sangat penting untuk anda memeriksa label roti yang berada di pasaran untuk memastikan ia benar-benar mempunyai 100% penuh bijirin.

Apabila tiba masa untuk memilih di antara roti biasa dan organik, anda boleh cuba jimatkan duit dan abaikan jenis yang organik.

kurang bahan

3. Kurang Bahan Bermaksud Roti Lebih Baik

Ketiadaan bahan perasa tiruan, pewarna dan pengawet juga adalah faktor yang cukup penting untuk diambil kira apabila membeli sebuah roti.

Cuba untuk membaca bahan-bahannya dengan kuat dan jika ada yang sukar untuk anda sebut, maka anda patut tinggalkan jenama roti tersebut.

fokus pada serat

4. Fokus Pada Serat

Anda telah banyak kali diingatkan oleh pakar diet tentang betapa pentingnya kehadiran serat untuk diet anda.

Ia membantu anda untuk berasa lebih kenyang, menggalakkan pergerakan usus secara sihat dan juga memperbaiki kesihatan perut.

TAKKAN BACA JER! KOMEN LA SIKIT BRO

0 comments:

Post a Comment

loading...