loading...
Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Tuesday, 6 September 2016

Terbongkar !!! Tips Cara Mengempiskan Perut Tanpa Berdiet Atau Bersukan.

Perut besar atau buncit boleh disebabkan tumpukan lemak yang ada di perut atau otot perut yang tidak terlatih. Pelbagai usaha tentu akan anda lakukan untuk mengurangkan tumpukan lemak tersebut, dari mulai diet rendah kalori sampai senam dan bahkan yang paling ekstrim melalui sedot lemak.

Jepun mempunyai cara unik untuk melatih perut supaya tegang dan hasilnya perut boleh mengecil. Caranya hanya dengan meniup nafas kuat-kuat selama 5 saat. Beberapa orang yang melakukannya selama 2 minggu mempunyai hasil yang berbeza-beza, tetapi semuanya berjaya mengecilkan perut.


1. sediakan sebatang straw


2. Potong straw 5 cm


3. Ratakan salah satu hujung straw


4. Tutup separuh lubang straw dengan salotape


5. Mulut straw setelah ditutup dengan salotape 1/2 bahagian


6. Tarik nafas dalam-dalam dan tiup dengan kuat straw selama 5 saat


7. Lakukan selama 3 minit setiap hari


8. caranya, meniup nafas kuat-kuat selama 5 saat


9. Beberapa orang telah melakukannya selama 2 minggu dan hasilnya berbeza-beza, tetapi semuanya berjaya mengecilkan perut


10. Menurut pakar, saat kita bernafas, otot perut lebih digunakan ketika mengeluarkan nafas daripada menarik nafas


11. Dengan menggunakan straw yang ditutup separuh, kesan penggunaan otot perut semakin meningkat.
Share on Facebook Share on Twitter Share on Google Plus

About Shiro Fans

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

BAHAYANYA !!! Ramai Yang Tak Tahu! Inilah Padahnya Jika Anda Disengat Lipan. Cepat Lakukan 3 Perkara Ini Kalau Disengat !


Gigitan lipan bahaya tak? Doktor, saya ni nak mati dah ke? Kena sengat lipan bara besak bukan main,".

Kes pagi tadi di klinik doktor. Lipan ini sebenarnya ada di mana-mana sahaja terutamanya di tempat-tempat yang lembab seperti:
Dalam bilik air. Kalau mandi itu, tengok-tengoklah, kot-kot terkejut jumpa lipan. Lari keluar tunggang langgang terlupa tutup aurat
Bawah almari baju atau katil. Sebelum menutup lampu nak tidur, periksa sama ada anda tidur bersama lipan dalam selimut anda.
Menyorok di dalam kasut. Jadi berhati-hati semasa hendak memakai kasut. Balingkan kaut keluar bila ada benda bergerak-gerak dalam kasut.

Terdapat 1,500 jenis lipan yang berbeza saiz dan warna di seluruh dunia. Mari doktor berikan info sedikkit mengenai sengatan lipan.

Gigitan lipan seperti gigitan ular dengan dua lubang di kawasan gigit. Gigitan lipan hanya sakit di bahagian yang digigit. Malah, serangga itu tidak beracun dan tidak perlulah anda berasa panik. Tenang dan cari lipan itu serta balas dendam dengan bertarung dengannya sehingga terkulai supaya tidak menyengat orang lain.

Bagaimana merawat gigitan lipan? Perlu tahu bahawa sengatan lipan bukanlah toksik dan ia tidak akan membawa kepada maut serta boleh dirawat. Gunakan sabun antiseptik dan air untuk mencuci bahagian yang disengat. Bagi mengurangkan kesakitan, gunakan kompres panas. Dalam kes bengkak, pek ais atau kompres sejuk untuk kurangkan kesakitan itu. Sekiranya kesakitan teramat sangat, makanlah ubat tahan sakit.

!Gigitan lipan juga boleh menyebabkan gatal, jadi gunakan krim Hydrocortisone. Antibiotik hanya akan digunakan bila ada infeksi di kawasan gigitan lipan..

Nekrosis atau kematian tisu jika disengat lipan terlalu kuat. Berwaspadalah semua terutamanya pada yang menghidap diabetis. Anda juga dinasihatkan mengambil suntikan tetanus. Jika anda mengalami alahan pada bisa lipan sampai penat lelah dan gatal seluruh badan, suntikan atau makan ubat Antihistamine digalakkan.

Gejala sengatan lipan

Sakit dan bengkak kecil adalah tanda-tanda biasa apabila disengat oleh anak lipan atau lipan pondan. Ia akan terhapus sendiri dalam beberapa jam sahaja. Jika anda disengat oleh lipan bara, gejala teruknya seperti di bawah yang mana anda perlu mendapatkan rawatan segera di hospital:

Jantung berdebar-debar kencang. Rentak jantung boleh menjadi pelahan atau terlalu cepat dan kadar denyutan tidak normal.
Sakit kepala, ketakutan, kebimbangan dan muntah-muntah.
Bengkak nodus limfa.
Kemerahan dan gatal-gatal melarat di seluruh badan.
Nekrosis atau kematian tisu dalam kes teruk.

Cara untuk menghilangkan rasa sakit yang menyucuk-nyucuk akibat gigitan lipan ialah dengan menggunakan tembakau. Ambil sedikit tembakau dan kunyah. Perah airnya di tempat yang terkena gigit. Jika tidak dapat mencari tembakau, boleh juga digantikan dengan asam jawa. Ambil air perahan biji asam jawa dan sapukan ke tempat yang sakit. Lakukannya secara berulang kali.

Cara yang lain juga ialah mencari lipan yang menggigit anda itu. Bunuh dan bakar sehingga menjadi abu. Abunya diambil dan disapukan pada tempat yang terkena gigitan itu.

Share on Facebook Share on Twitter Share on Google Plus

About Shiro Fans

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

Monday, 5 September 2016

JUDI YURAN PERTANDINGAN?


Soalan:

Apakah pandangan tentang wang yuran yang dibayar oleh peserta sesuatu pertandingan seperti pertandingan joran yang menetapkan pembayaran bagi setiap mata pancing dengan harga tertentu?
Biasanya lagi mahal hadiah, lagi tinggi yuran.
Zaki, Penang

Jawapan:

Setelah diteliti didapati banyak pertandingan joran khususnya, yang sekarang begitu meluas dalam negara ini berasaskan ‘judi’ atau qimar. Untuk itu beberapa perkara berikut perlu disebutkan;

Perkara 1

Dalam Islam judi atau qimar adalah haram dan tersenarai dalam dosa-dosa besar. Qimar atau maisir atau judi bermaksud ‘setiap pertandingan yang mensyaratkan pemenang mengambil sesuatu dari yang kalah’. Dalam qimar atau judi ada pihak yang rugi dan yang untung atas pertaruhan tersebut.
Hal ini sering berlaku sesetengah pertandingan joran dalam negara ini. Wang pertaruhan yang dinamakan ‘yuran penyertaan’ yang diambil itu dijadikan hadiah untuk yang menang, atau keuntungan kepada pengajur atas kekalahan peserta.
Pembayaran wang penyertaan kebanyakannya bukan hanya untuk kemudahan yang dinikmati oleh peserta, sebaliknya sebagai wang pertaruhan.
Ini terbukti setiap peserta dikehendaki membayar berdasarkan mata pancing yang digunakan. Wang yang terkumpul itu juga dijadikan hadiah, atau keuntungan penganjur jika peserta gagal. Unsur pertaruhan itu jelas. Biasanya, lebih besar pertaruhan, lebih lumayan hadiah.

Perkara 2

Sebenarnya, yuran penyertaan itu jika sekadar pembayaran peserta menggunakan kemudahan yang disediakan seperti makan minum, duit kenderaan dan seumpamanya, maka itu BUKAN judi dan pertaruhan.
Namun, apabila ia menjadi wang terkumpul untuk hadiah pemenang, maka itu adalah satu PERJUDIAN. Konsep ini hampir sama dengan apa yang digunakan oleh syarikat-syarikat loteri yang pernah menamakan diri mereka ‘loteri kebajikan’.

Perkara 3

Umat Islam wajib menghindari penyertaan pertandingan joran atas konsep perjudian yang seperti itu. Ia adalah haram dan dosa besar. Firman Allah:
ياأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Wahai mereka yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib adalah keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”Surah al-Maidah: 90

Perkara 4

Para penganjur yang sekarang sudah membabitkan pelbagai peringkat hendaklah mengelakkan unsur perjudian dalam pertandingan joran yang diadakan. Firman Allah:
ياأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ
“Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta kamu antara kamu dengan cara yang batil (salah)”Surah al-Nisa: 29
Maka, haram sesiapa yang terbabit dalam menganjur kegiatan judi atau menggalakkannya.

Perkara 5

Untuk keluar dari perjudian yuran pertandingan ini, hadiah hendaklah datang dari pihak tidak terlibat dengan pertandingan, sementara yuran yang diambil hanyalah untuk urusan kemudahan dan kebajikan perserta sahaja.

Share on Facebook Share on Twitter Share on Google Plus

About Shiro Fans

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

6 CARA SURIRUMAH GANDAKAN IBADAH WALAUPUN TIADA "OFF DAY"


“Aduhai, macamana ibu nak buat kerja ni kalau Afiq asyik nak berdukung… Nanti Mama solat pun Afiq nak menangis…”
Mak dulu pernah cakap begini pada saya, tapi saya akui bahawa pada saat itu saya hanya mendengarnya sebelah telinga. Kini, barulah saya faham sebabnya!

Bekerja Atau Tidak, Tugas Surirumah Adalah Sangat Memenatkan

Apapun, saya percaya, masih ramai yang kurang menyedari betapa kehidupan selepas menjadi ibu atau surirumah memang amat sibuk.
Kerja rumah yang tak pernah habis, ditambah pula dengan mengurus suami dan anak-anak. Cepat sungguh masa berlalu, bila pula masanya hendak dikhususkan pada ibadah?

Jadi, Bagaimana Caranya ‘Mencuri Masa’ Menggandakan Amal Ibadah Walaupun Sibuk Mengurus Rumah Tangga?

1. Buat Kerja Sambil Senyum!

Eh, tiba-tiba senyum nanti orang ingat ‘buang tabiat’ pula? Sebenarnya, ramai wanita yang cenderung ‘bermasam muka’ apabila rumah bersepah, baju dan pinggan mangkuk kotor bertimbun, tambahan pula melayan karenah anak-anak.
Yakinlah, walaupun kadangkala suami atau anak-anak ‘kurang’ menghargainya, ia tetap satu tugas yang mulia di sisi Allah. Malahan, bukan sedikit yang Allah janjikan ya!

2. Hiburkan Diri Dengan Zikir

Sambil mendodoi anak, menyusu badan, memasak, menjemur baju, semuanya boleh dilakukan sambil berzikir.
Bukan saja ia bermanfaat buat kita yang menyebutnya, anak-anak kecil turut tenang apabila dibiasakan mendengar kalimah zikrullah. Kalau tak hafal zikir-zikir panjang atau selawat, dengarkan saja pada ‘handphone’.

3. Manfaatkan Teknologi

Kalau kita boleh gunakan gajet ini untuk ‘install’ aplikasi media sosial supaya dekat dengan orang tersayang, sekali-sekala cuba intai FB page organisasi Islamik termasuklah ustaz dan ustazah yang banyak memberi informasi tentang Islam.
Selain itu, apa salahnya kita ‘install’ juga aplikasi Islamik seperti ‘Hadis Harian’ atau ‘Quran Digital’ untuk lebih mudah mendekatkan diri dengan Allah.

4. Anak Ganggu Tidur Malam? Bertuahnya!

Sejak kelahiran anak kecil, ramai ibu yang perlu bangun di waktu malam mengepam susu atau untuk menyusukan anak. Situasi ini biasanya akan berlanjutan hinggalah anak berhenti menyusu.
Waktu tengah malam begini adalah waktu terbaik untuk anda berdoa. Kalau penat, mengadulah pada Allah sepuas-puasnya hingga menitiskan air mata. Percaya tak, ia dapat memberi anda sebuah kekuatan dan kelegaan yang tidak mungkin mampu ditandingi oleh sebarang suplemen atau vitamin!
Kalau dapat melakukan Solat Sunat Tahajud, tentulah lebih baik. Sukar sedikit pada mulanya, tapi lama-kelamaan, anda akan terbiasa.

5. Ajarkan Kisah Nabi Dan Sunnah

Malunya nak mengaku, sebenarnya banyak yang perlu diulangkaji apabila anak-anak cukup besar untuk diceritakan kisah Nabi. Walau apa pun, mungkin itulah hikmahnya – supaya kita dapat menambah ibadah dalam menuntut Ilmu.
Bagi anak-anak kecil, biasakan mereka dengan sunnah yang ringkas seperti memulakan perbuatan dengan Bismillah dan makan dengan tangan kanan.

6. Galakkan Suami Buat Perkara Baik

Pernahkah anda berasa cemburu apabila tidak dapat mengikut suami ke masjid, atau menunaikan haji kerana terpaksa menguruskan rumah tangga? Jangan begitu!
Sebenarnya, wanita amat beruntung kerana kita berpeluang diberi ganjaran setaraf dengan perbuatan baik yang dilakukan oleh suami.
Diceritakan bahawa Asma’ binti Yazid pernah mewakili para wanita untuk bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Kami kaum wanita rasa tersisih, tidak sama dengan kaum lelaki. Kami golongan yang serba terbatas dan terkurung. Kerja kami hanya menjaga rumah mereka, memelihara dan mengandung anak mereka serta tempat melepaskan nafsu kaum lelaki.
Kami tidak diberi peluang untuk mengerjakan sebagaimana yang diberikan kepada kaum lelaki. Kami tidak diberikan kesempatan untuk mendapatkan pahala seperti solat Jumaat, menziarahi orang sakit, menyaksikan pengkebumian, menunaikan haji dan amalan yang paling utama iaitu berjuang pada jalan Allah…”.
Maka Nabi SAW menjawab:
“Pulang dan beritahu kepada kaum wanita bahawa layanan yang mereka berikan kepada suami mereka, usaha mereka mendapat redhanya dan mengikutinya adalah menyamai semua yang dilakukan oleh suami mereka,”.
Tak Mustahil, Bukan?
Selepas ini, bolehlah wanita cuba memanfaatkan ‘title’ sebagai surirumah. Sesibuk mana pun, letakkanlah Allah yang paling dekat dalam hati kita dalam apa jua perbuatan.
Walaupun tak ‘glamour’ di sisi masyarakat, tetapi Allah paling berhak mengangkat darjat seseorang, lebih-lebih lagi wanita yang sanggup berkorban untuk suami dan anak-anak demi mencari keredhaan-Nya.


Share on Facebook Share on Twitter Share on Google Plus

About Shiro Fans

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

MENGENALI SUJUD SAHWI, SUJUD SAJADAHDAN SUJUD SYUKUR

Ada tiga jenis sujud selain sujud di dalam solat fardhu yang dilakukan kerana sebab-sebab tertentu. Sujud-sujud yang dimaksudkan adalah sujud sahwi, sujud sajadah dan sujud syukur.

Sujud Sahwi

Sujud sahwi dilakukan disebabkan oleh 3 perkara iaitu:

1. Tertinggal membaca tahiyat awal.
2. Menambah rukuk, atau rukun-rukun yang lain kerana terlupa atau syak pada bilangan 
    rakaatnya.
3. Lupa membaca qunut atau salah satu daripada sunat Ab’adh.

Sunat Ab’adh adalah membaca tahiyat awal, membaca selawat ke atas nabi ketika membaca tahiyat awal, dan membaca qunut pada rakaat akhir solat Subuh dan pada rakaat akhir solat witir dalam separuh akhir bulan Ramadhan.

Cara-cara mengerjakan sujud sahwi adalah sebagaimana berikut:

Selepas tahiyyat akhir iaitu sebelum salam dan dalam keadaan duduk iftirasy, sujudlah dua kali sujud. Duduk iftirasy adalah duduk dengan kaki kanan ditegakkan manakala kaki kiri dibentangkan dan didudukkan kaki kiri itu. Ia adalah seperti duduk di antara dua sujud atau duduk pada tahiyyat awal.
Semasa sujud bacalah:
“Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak pula lupa.”
Kemudian duduk semula dengan duduk iftirasy. Beri salam ke kanan dan ke kiri.

Sujud Sajadah

Sujud Sajadah dikenali juga sebagai sujud tilawah. Ia adalah sujud ketika membaca atau mendengar bacaan ayat-ayat tertentu di dalam Al-Qur’an. Ada 15 tempat semuanya. Sujud ini boleh dilakukan di dalam atau di luar solat. Ia dilakukan sebanyak sekali sujud sahaja.
Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
“Dari Amru Ibn ‘As R.A. bahawa Rasulullah S.A.W menerangkan kepadanya lima belas ayat sajadah yang tersebut di dalam Al-Qur’an…”Riwayat Abu Daud

Ayat-ayat sajadah itu adalah:

1. Surah al-A’raf: 206
2. Surah al-Ra’d: 15
3. Surah an-Nahl: 50
4. Surah al-Israa: 109
5. Surah Maryam: 58
6. Surah al-Hajj: 18
7. Surah al-Hajj: 77
8. Surah al-Furqan: 60
9. Surah an-Naml: 26
10. Surah as-Sajdah: 15
11. Surah Sad: 24
12. Surah Fussilat: 38
13. Surah an-Najm: 62
14. Surah al-Insyiqaq: 21
15. Surah al-‘Alaq: 19
Semasa bersujud, bacalah:
“Sujudlah muka dan seluruh diriku kepada Allah yang telah menciptakannya dan membentuk rupanya, juga telah mencipta pendengaran dan penglihatannya dengan kuasa Allah jugalah. Maha suci Allah dengan sebaik-baik kejadian.”


Sujud sajadah mesti dilakukan dengan 4 syarat:

1. Suci badan, pakaian dan tempat.
2. Menghadap kiblat.
3. Menutup aurat.
4. Sujud setelah selesai membaca ayat sajadah.

Sujud Syukur

Ada suatu masa seseorang itu beroleh nikmat atau terlepas dari bala. Perasaan bersyukur kerana keadaan itu boleh diterjemahkan melalui sujud syukur. Sujud ini dilakukan di luar solat. Bacaannya adalah sama seperti bacaan sujud tilawah atau sujud sajadah.

Ada 6 syarat untuk melakukan sujud syukur. Syarat-syaratnya ialah:

1. Mestilah berwuduk.
2. Menghadap kiblat.
3. Berniat seperti “Sengaja aku sujud syukur kerana Allah.”
4. Takbiratul ihram. Kemudian terus sujud.
5. Bertakbir bangkit dari sujud.
6. Memberi salam.
Share on Facebook Share on Twitter Share on Google Plus

About Shiro Fans

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

3 TIPS MUDAH MENJEMPUT REZEKI

Disini dikongsikan 3 tips mudah menjemput rezeki. Perkongsian ini telah dikongsi dalam kuliah duha di Masjid Saujana Utama.

#1 Memaafkan

Semakin lama menyimpan dendam, hati akan semakin membusuk. Rezeki yang berkat tak singgah dalam hati yang berkeladak. Maafkan.

#2 Sedekah

Nak tahu sedekah tanpa guna duit? Doakan orang lain. Setiap hari, amalkan untuk mendoakan 3 orang sahabat kita tanpa mereka ketahui.

#3 Syukur

Usap perlahan-lahan biji mata kita. Sambil sebut dalam hati,

“Ya Allah, terima kasih masih sudi pinjamkan aku penglihatan ini, berapa ramai orang yang tak diberi nikmat ini. Terima kasih Allah”
Selamat beramal!
Share on Facebook Share on Twitter Share on Google Plus

About Shiro Fans

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

BOLEHKAH SESEORANG ITU JAMAK KERANA KESUNTUKAN MASA?

Bolehkah seseorang yang amat tertekan dengan kesuntukan masa, seperti peperiksaan yang memakan waktu yang panjang, ataupun tugasan yang tiada ruang untuk ditinggalkan untuk dia menjamakkan solatnya?
Supaya tidak terkeliru, fahaman senarai perkara berikut:
#1 Terlebih dahulu diterangkan maksud jamak. Iaitu menghimpunkan dua solat pada satu waktu. Solat-solat yang diizinkan syarak untuk dihimpunkan itu ialah, Zohor bersama Asr dan Maghrib bersama Isyak.
#2 Adapun qasar bermaksud meringkaskan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat.
#3 Qasar diizinkan untuk mereka yang bermusafir. Keizinan untuk jamak lebih luas daripada keizinan qasar. Di mana seseorang boleh menjamakkan solatnya sekalipun dia tidak bermusafir disebabkan keadaan-keadaan tertentu, tapi dia tidak boleh menqasarkannya.
Ini seperti hujan, ketakutan ancaman, kesibukan melampau dan seumpamanya.
#4 Ertinya dalam keadaan tertentu dia boleh menunaikan solat Asr dalam waktu Zohor ataupun maghrib dalam waktu Isyak iaitu selepas ditunaikan empat rakaat Zohor, dia menunaikan pula empat rakaat Asr, ataupun selepas tiga rakaat maghrib ditunai empat rakaat Isyak.
Demikian juga dia boleh melakukannya pada waktu Asar, dengan cara menangguhkan Zohor ke waktu Asar, ataupun pada waktu Isyak dengan cara ditangguhkan maghrib ke waktu Isyak.
#5 Dalam hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya:
صَلَّى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا بِالْمَدِينَةِ، فِي غَيْرِ خَوْفٍ، وَلَا سَفَرٍ قَالَ أَبُو الزُّبَيْرِ: فَسَأَلْتُ سَعِيدًا، لِمَ فَعَلَ ذَلِكَ؟ فَقَالَ: سَأَلْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ كَمَا سَأَلْتَنِي، فَقَالَ: أَرَادَ أَنْ لَا يُحْرِجَ أَحَدًا مِنْ أُمَّتِه
“Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”.
Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”.
Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas:
“Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.
Dalam riwayat Muslim yang lain, lafaznya:
جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ فِي غَيْرِ خَوْفٍ وَلَا مَطَرٍ
“RasululLah s.a.w solat Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak secara jamak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana hujan”.
Hadis ini menunjuk solat jamak telah Nabi s.a.w tunaikan bukan hanya disebabkan hujan ataupun ketakutan, juga disebabkan hal-hal yang lain.
#6 Maka, hadis-hadis yang seumpama ini memberi kesimpulan kepada para fuqaha (ulama fekah) bahawa solat jamak boleh dilakukan disebabkan keuzuran-keuzuran tertentu, seperti sakit yang menyusahkannya, atau hujan bagi mereka bersolat jamaah di masjid, kesempitan waktu dan seumpamanya.
#7 Justeru, hal-hal ini seperti mereka yang sakit yang menyukarkannya berwuduk atau bergerak maka bolehlah dia menjamakkan solatnya. Mereka yang terlibat dalam urusan-urusan yang tidak dapat ditinggalkan seperti pembedahan, menjaga lalu lintas, mengendalikan urusan yang bahaya, atau peralatan yang bahaya, terlibat dengan peperiksaan yang telah ditetapkan.
Demikian juga bagi wanita yang bermusafir dengan bas awam yang menyusahkannya bersolat di tengah perjalanan, maka dia boleh menjamakkan solat sejak di rumahnya, tanpa qasar. Begitulah juga dengan semua keadaan yang menyukarkan seseorang.
Namun hendaklah dia mengutamakan menunaikan solat berdasarkan waktunya terlebih dahulu, jika menyukarkan maka ketika itu diizin.
#8 Kitab-kitab fekah penuh memuatkan masalah ini, terutamanya dalam mazhab al-Imam Ahmad bin Hanbal. Antara Ibn Taimiyyah dalam al-Fatawa al-Kubra (2/348, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut) dan kitab-kitab lain.
Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut perkara ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut). Maka ini bukan perkara baru, kelonggaran ini bagi membolehkan semua pihak dalam apa keadaan pun tetap menunaikan solat.

Share on Facebook Share on Twitter Share on Google Plus

About Shiro Fans

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

ANAK SUSAH BANGUN SUBUH?


Seorang wanita bertanya kepada mufti :
“Bagaimana caranya untuk mengejutkan anak-anak saya yang sedang tidur terlalu nyenyak untuk solat Subuh?
Mufti menjawab:

“Apa yang akan kamu lakukan jika rumah kamu terbakar dan pada ketika itu anak-anak kamu sedang tidur?”

Wanita itu berkata:
“Saya akan mengejutkan mereka dari tidur”.
Mufti menjawab:
“Bagaimana jika mereka sedang tidur terlalu nyenyak?”
Wanita itu kemudian menjawab:

” Demi Allah! Saya akan mengejutkan mereka bangun, jika mereka tidak bangun saya akan mengheret mereka keluar dari rumah.”

Mufti kemudian menjawab:
“Jika itu apa yang kamu akan lakukan untuk selamatkan mereka daripada api di dunia, lakukanlah perkara yang sama untuk selamatkan mereka dari api neraka di akhirat kelak.”
Semoga Allah membimbing kita semua!


Share on Facebook Share on Twitter Share on Google Plus

About Shiro Fans

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

SEGERA KAHWIN SEBELUM TERLAMBAT DARI KERUGIAN


Jodoh, kematian dan rezeki adalah rahsia Allah yang tak boleh dijawab atau ramal oleh sesiapa pun. Jangankan bomoh, juru tilik atau pak nujum, Rasulullah SAW sendiri dan para Nabi sebelumnya sama sekali tak diberitahu oleh Allah SWT tentang perkara ini.
Diantara hikmah dirahsiakan ketiga perkara tersebut adalah agar kita sentiasa bersemangat mencari dan bersedia menghadapinya.
Agar kita bersegera kerja kuat, semangat dan ikhlas dalam mencari rezeki kerana dengan kaya, banyak amalan kebaikan yang kita boleh dilakukan. Apalagi dalam Islam, banyak ibadah yang hanya boleh dilakukan jika seseorang itu kaya, dan tak boleh dilakukan jika keadaannya sebaliknya, seperti ibadat haji, zakat, sedekah dan kahwin (mahar).
Kematian juga dirahsiakan waktunya agar insan yang hidup selalu istiqamah dalam kebaikan kerana tak tahu bila nyawanya akan dipanggil. Boleh dibayangkan jika seseorang mengetahui waktu kematiannya, dia akan terus menerus melakukan maksiat dan bertangguh untuk bertaubat dan melakukan kebaikan sehingga waktu ajalnya sudah dekat.
Begitu juga dengan jodoh. Dirahsiakan dengan siapa, bagaimana dan bila agar manusia selalu beramal, berusaha memperbaiki diri dan melayakkannya, serta sedaya upaya mungkin dalam mencarinya. Memang jodoh kita tak akan tertukar, tapi ia tak akan turun jatuh ke riba dari langit ke tujuh tanpa sebab musabab.
Sesiapa yang sabar dan bersungguh-sungguh mencarinya, maka Allah SWT pun akan mendatangkannya calon yang sesuai dengan kesabaran dan kesungguhannya itu.
Semua yang terjadi, cepat atau lambat di muka bumi ini adalah pencaturan kuasa Allah SWT. Semua pasti ada hikmah yang besar di sebalik berlakunya suatu kejadian ataupun lambatnya ia berlaku.
Yang dimaksud menyegerakan kahwin adalah dalam mempersiapkan diri, bersegera dalam mengikhtiarkannya, juga tak bertangguh jika peluang sudah ada di depan mata kerana bertangguh-tangguh dalam jodoh hanya akan membawa kepada kerugian pada diri sendiri.
Sudah banyak kisah, dimana seorang wanita menolak lamaran yang datang pertama kali dengan alasan masih belajar, kemudian jodoh tak datang lagi padanya.
Bukankah penolakan yang pertama boleh menjadi pintu bagi penolakan kedua, ketiga dan seterusnya?
Bukankah menolak bermakna menunda pelaksanaan ibadah menikah yang terdapat banyak kebaikan di dalamnya?
Terkenang kisah seorang sahabat. Jodohnya tak dikunjung datang, sebab terlalu banyak kriteria yang perlu dipenuhi oleh diri dan orang tuanya. Bukan jodoh yang tak datang, tapi yang tak datang adalah lelaki atau wanita idamannya yang sempurna.
Ada di antara mereka yang menolak calon isteri atau suami, hanya kerana kulitnya kurang putih, tingginya kurang lampai, rambutnya kurang lurus, panjang dan berkilau. Ada juga yang menolak calon menantu setelah melihat foto yang ditunjukkan oleh buah hati. Ditolak mentah-mentah, kerana lupa fizikal semata-mata.
“Pilihlah yang cantik sedikit, yang tinggi sedikit, yang kaya sedikit.” Bakal mertua
Ada juga yang menolak dengan alasan adat. Misalnya, kamu tidak boleh kahwin dengan lelaki atau perempuan dari luar negeri, bukannya luar negara pun. Dengan alasan susah bila raya kelak, berbeza adat resam dan sebagainya.
Sedangkan Rasulullah SAW sudah menasihati kita berkenaan hal ini:
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kemuliaan nasabnya, kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka nikahilah wanita yang baik agamanya niscaya kamu beruntung.”Riwayat Muslim
Semoga Allah SWT melindungi kita dari sekian banyaknya syubhat dan keburukan melambat-lambatkan pernikahan. Sekali lagi, tak ada istilah terlambat.
Yang paling penting adalah segera kata “Saya Setuju” ketika peluang itu datang kerana peluang tak mungkin datang dua kali.
Bersegeralah kerana ajal juga boleh datang bila-bila masa. Harapannya, kita tak mati bujang kerana itu adalah “kerugian” yang teramat.

Share on Facebook Share on Twitter Share on Google Plus

About Shiro Fans

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

NAK TAHU PAHALA YANG LAGI BEST DARIPADA SOLAT?

Jumhur Ulama’ berpendapat mengurus Silatulrahim sesama insan melengkapkan tuntutan agama seperti yang tersirat dalam Hadith berikut. Sponsored Nabi Saw bersabda, “Mahukah kalian aku tunjukkan...


Jumhur Ulama’ berpendapat mengurus Silatulrahim sesama insan melengkapkan tuntutan agama seperti yang tersirat dalam Hadith berikut.
Nabi Saw bersabda,
“Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan saum?”
Sahabat menjawab,
“Tentu saja!”
Rasulullah Saw pun kemudian menjelaskan;

“Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menjembatani berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan ukhuwah di antara mereka.
(Semua itu) adalah amal saleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan.”
Riwayat Bukhari-Muslim
Share on Facebook Share on Twitter Share on Google Plus

About Shiro Fans

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

4 TANDA HATI YANG MATI SERTA 3 CARA MENGATASINYA


Artikel ini berkongsikan tentang tanda hati mati dan cara mengatasinya.
#1 Susah untuk berpuasa sunat.
#2 Susah untuk menangis memikirkan dosa, tapi senang menangis bila bercakap pasal makhluk
#3 Tidak dipilih Allah untuk bangun bertahajud
#4 Berasa berat untuk beribadat (solat, mengaji dan lain2)
Cara membersihkan dosa dan mengangkat darjat
#1 Sentiasa menjaga wudhuk, ketika dalam keadaan berwudhuk, malaikat akan mendoakan kita.
#2 Berjalan ke masjid, kerana setiap langkah ke masjid akan mengugurkan dosa dan diangkat darjat.
#3 Memaksa diri bersujud ketika rasa malas. Banyakkan bersolat sunat terutamanya solat sunat qobliyyah dan ba’diyyah. Solat sunat qobliyyah yg paling elok adalah sebelum solat zohor dan dilakukan 4 rakaat dan 2 salam. 2 rakaat sunat muaakad dan 2 lagi ghairur muaakad.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka hati2 kita semua. Amin
Info daripada kuliah subuh Ustaz Jafri

Share on Facebook Share on Twitter Share on Google Plus

About Shiro Fans

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

Sunday, 4 September 2016

Video! Misteri Kemunculan Kereta Secara Tiba-tiba Menjadi Tanda Tanya dan Viral Di Dunia.


Video bertajuk'Ghost Car' yang beredar di YouTube menjadi perbincangan dan meninggalkan teka-teki. Video itu berasal dari hasil rakaman kamera dashboard milik seorang pemandu di Rusia. Seperti diberitakan News.com.au sebuah kereta sedan BMW berwarna hitam 033PA177, terlihat memperlahankan kelajuan ketika membelok ke kiri.

Namun setelah membelok dan hendak meluruskan kereta, tiba-tiba muncul kereta sedan jenis BMW tepat di depannya. Pemandu 033PA177 pun merasa terkejut, dan memberhenti secara mengejut. Kemudian muncul soalan dari mana datangnya kereta tersebut?
Kerana, walaupun diputar berulang-ulang, dari mana kemunculan kereta tersebut belum boleh diejelaskan. Meskipun tidak ada jaminan video tersebut telah disunting namun video itu telah membuat ketakutan ribuan orang yang telah melihatnya secara online.

Jom saksikan video berikut ini:

Share on Facebook Share on Twitter Share on Google Plus

About Shiro Fans

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

Subhanallah Kisah Benar , Arwah Si Ibu Melawat Jenazah Anaknya.


Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna.

 Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. 

" kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." 

tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh 

pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' 

yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
Share on Facebook Share on Twitter Share on Google Plus

About Shiro Fans

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

loading...