loading...

Friday, 30 September 2016

[VIDEO] Jalan Raya Sesak Kerana Tonton Video Lucah Di Papan Iklan Gergasi

JAKARTA – Pihak polis tempatan sedang menjalankan siasatan forensik mengenai tayangan filem lucah menerusi papan iklan elektronik gergasi di pusat bandar raya Jakarta pada 30 September.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kekerasan Polis Daerah Metro Jaya, Hendy Kurniawan berkata, pihaknya merampas beberapa peralatan komputer milik syarikat pengiklanan berkenaan yang terletak di Jakarta Selatan.



Beliau dipetik media tempatan pada 1 Oktober sebagai berkata pihak polis juga membuat pemeriksaan menyeluruh di pejabat syarikat berkenaan dan beberapa pekerjanya akan disoal siasat bagi membantu siasatan.



Orang ramai dan pengguna jalan raya menjadi kecoh apabila melihat sebuah papan iklan elektronik sebesar 24 meter persegi di Jalan Pangeran Antasari, Jakarta Selatan menayangkan filem lucah.



porn


Seorang penjual soto di tepi jalan di situ yang dikenali sebagai Domang kemudiannya mengambil tindakan berani dengan memotong wayar elektrik di papan iklan berkenaan setelah filem itu ditayangkan kira-kira 20 minit.



Domang yang kebetulan membuka gerai di belakang papan iklan elektronik berkenaan berkata setelah mengetahui papan iklan itu menayangkan filem lucah, dia lalu segera mencari suis elektrik papan iklan itu dan menutupnya.



Sementara itu, wakil syarikat papan iklan tersebut dilaporkan sebagai berkata bahawa pihaknya berasa kesal dengan insiden berkenaan dan menyerahkan kes kepada pihak polis untuk melakukan siasatan yang lebih lanjut.



Katanya, syarikat itu percaya ia merupakan jenayah siber dan kemungkinan jaringan Internet syarikat tersebut diceroboh serta menafikan ia merupakan perbuatan oleh pekerja syarikat berkenaan sendiri. – BERNAMA/HAA 


Trending

Azharina Terkejut Rakan Hadiah Kereta Untuk Anaknya




PENYANYI yang popular dengan lagu Elegi Sepi, Azharina Azhar terkejut besar apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dihantar kepada rumahnya sebagai hadiah untuk anak lelakinya sempena hari jadi, semalam.



Tambahan pula, anaknya Rahman Azharin Aziz baru berusia dua tahun.



Menurut Azharina, hadiah ‘besar’ itu diberikan oleh sahabat baiknya. Namun, bintang itu tidak didedahkan sama ada lelaki ataupun perempuan.



“Saya tak pernah meminta untuk mendapatkan hadiah itu dan hingga sekarang saya masih terfikir mengenai perkara itu. Kadang-kadang timbul rasa malu jika orang beranggapan sebaliknya.




“Apa pun saya percaya ini adalah rezeki anak dan takkan nak menolak pula.



“Saya memiliki beberapa buah kereta dan semuanya dibeli hasil titik peluh sendiri. Sepanjang hidup saya, belum pernah mendapat hadiah mewah, tetapi Rahmat yang baru berusia dua tahun sudah ada yang memberikannya hadiah sebegitu,” katanya Harian Metro.



Pada masa yang sama, Azharina berjanji akan menjaga pemberian itu sebaik  mungkin.



Azharina bagaimanapun, enggan mendedahkan harga dan model kenderaan yang diterima anaknya itu.


Anis Percaya Gosip Raja Afiq ‘Tiduri’ Niena Fitnah




AKTRES Anis Al-Idrus menganggap isu grup WhatsApp palsu kononnya milik pelakon Niena Baharun yang mendedahkan wanita itu konon tidur bersama pelakon Raja Afiq adalah tidak logik dan fitnah semata-mata.


Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus, 28, berkata, dia tidak perlu sebarang penjelasan daripada kekasihnya berikutan perkara tersebut tidak berlaku.



“Gosip sudah menjadi lumrah dan paparan perbualan di grup WhatsApp palsu itu sudah terang-terangan adalah fitnah kerana ia langsung tidak logik.



“Saya tidak perlu minta penjelasan daripada dia kerana ia hanya gosip, buat apa nak perbincangkan masalah yang sememangnya tidak benar,” ujarnya kepada mStar Online.



Raja Afiq dan Niena Baharun.


RAJA AFIQ DAN NIENA BAHARUN.

Penyanyi lagu Mengapa ini ditanya mengenai isu apabila individu yang menyamar sebagai Niena Baharun dan mendakwa sudah tidur bersama pelakon gandingannya dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz iaitu Raja Afiq.


Dalam satu mesej grup WhatsApp, individu itu memaklumkan dia dan Afiq menghabiskan masa bersama sepanjang malam sebelum pelakon lelaki itu pulang ke rumahnya pada pukul 10 pagi.



Individu terbabit juga meminta supaya peminatnya tidak menghebahkan hal itu kepada umum kerana tidak mahu menimbulkan masalah.






PAPARAN SKRIP KUMPULAN WHATSAPP YANG TERSEBAR.

Dalam pada itu, Anis berkata, perkara tersebut juga tidak menjejaskan kepercayaan dan hubungan cintanya dengan aktor berkenaan.


“Ia langsung tidak menjejaskan hubungan kami. Malah kami hanya ketawa apabila cerita-cerita sebegini keluar.



“Saya juga selalu berfikir betapa rajinnya mereka di luar sana yang gemar membuat benda-benda sebegini seolah-olah mereka terlalu banyak masa terluang,” ujarnya.



Dalam pada itu, Anis berkata, sejak melangkah ke bidang seni, dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal dalam menghadapi cabaran sebagai anak seni.



“Gosip sebenarnya jika kita lihat dengan kaca mata yang waras, ia terbahagi kepada positif dan negatif.



“Jadi terpulang kepada setiap individu, sejak menceburi industri saya sudah pun tanamkan bahawa saya perlu kuat menghadapi cabaran-cabaran sebegini,” ujarnya. – mStar Online

Kecoh… Dirogol 2 Pelajar Senior Dalam Stor Sekolah






PENDUDUK Jasin, Melaka baru-baru ini digemparkan dengan kes seorang pelajar perempuan yang berusia 13 tahun berjaya dirogol oleh dua pelajar senior di sebuah sekolah menengah, di situ.


Kejadian serangan seksual tersebut dilaporkan berlaku Selasa lalu, kira-kira pukul 2.3o petang.



Dalam insiden itu, mangsa yang merupakan tingkatan satu mendakwa diheret masuk ke dalam bilik stor oleh kedua-dua pelajar senior berkenaan sebelum dibogel dan dirogol.



Secara kebetulan, kejadian itu disedari oleh seorang kakitangan pentadbiran yang melalui kawasan berkenaan apabila terdengar bunyi teriakan.




Kakitangan itu kemudian bergegas masuk ke dalam bilik stor itu untuk melakukan pemeriksaan sebelum terperanjat melihat aksi pelajar-pelajar berkenan.



Dua pelajar lelaki itu bagaimanapun dengan pantas bertindak melarikan diri manakala, pelajar perempuan itu dibawa ke pejabat pengetua.



Di bilik pengetua, pelajar perempuan itu menceritakan apa yang berlaku terhadapnya termasuk bagaimana dia dirogol.



Pada keesokan hari, soal siasatan dijalankan dan salah seorang pelajar lelaki difahamkan mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu tetapi mendakwa pelajar perempuan tersebut membenarkan perbuatan seksual itu.



Berikutan itu, satu laporan polis dibuat di balai polis Jasin pada Khamis.



Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim mengesahkan pihaknya telah menahan dua pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun untuk membantu siasatan kes tersebut.



“Kami sudah hantar gadis itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Siasatan sedang dijalankan atas kesalahan rogol statutori,” katanya. – MYNEWSHUB.CC


Kehidupan Johan As’ari terkini.. Alhamdulillah.





Tahun lalu, figura ini berkelana ke India demi mengikuti pengajian agama selama empat bulan.
Pemergian itu juga bagi memenuhi hasrat arwah ibunya, Datin Firdaus Abdul Kader, 58, yang mahu dia terus mendalami ilmu agama.
Biarpun sudah lama pulang dari India, akui pemilik nama sebenar Johan Ariff As’ari, 29, dia masih lagi dalam proses mencari diri dan belajar apa itu erti kedewasaan.
“Saya sedar dahulu saya banyak kesilapan, saya tak matang, jadi selama saya mula memperlahankan karier dan menghilangkan diri, saya anggap ia sebagai proses kedewasaan.
“Kita kenal diri kita dan kita perlu perlu cari diri kita yang sebenar dan terus muhasabah diri untuk memperbaiki kekurangan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Umum mengetahui sebelum berlakon, Johan pernah belajar di Pondok Pesantren As-Syuhada Kabupaten Muara Sebunga Kecamatan Tanah Sepenggal, Jambi selama setahun untuk mendalami al-Quran dan hadis.
Habis sahaja pengajian, dia mendapat tawaran belajar di Kolej Universiti Islam Melaka.
Johan berkata, biarpun dia merupakan bekas pelajar sekolah pondok dan pernah berkelana mencari ilmu agama, namun dia tidak pernah merasakan dirinya sudah sarat dengan ilmu agama.
Tegas Johan, masih banyak perlu dipelajari, difahami dan apa yang penting, niat mencari ilmu itu tidak pernah padam.
“Sejujurnya, saya merasakan ilmu saya masih nipis, kefahaman saya masih kurang.
“Sebab itu saya masih mahu belajar. Mungkin kerana menjadi kebiasaan, jika saya kurang faham atau bermasalah, saya akan kembali kepada ALLAH SWT,” jelasnya.
Biarpun masih aktif di dalam dunia seni, Johan berkata, dia tidak melihat perkara itu sebagai hipokrit.
“Saya faham, ada orang yang sudah mendalami agama, mereka ada pegangan dan prinsip mereka yang tersendiri.
“Bagi saya hipokrit seseorang itu bila dia bawa watak baik di dalam skrip, tetapi di luar dia tidak sama dengan itu. Orang sebegini hipokrit dengan ALLAH SWT.
“Tapi untuk saya, saya mahu seimbangkan dunia dan akhirat. Saya tak sekat minda saya dan tidak mahu menerima ilmu yang lain.
“Bila di dunia, lakonan itu juga adalah ilmu. Sebab itulah saya terima watak antagonis kerana watak itu bukan fantasi dan sengaja diwujudkan.
“Secara realiti dalam kehidupan kita, memang ada orang baik dan tidak. Tapi bukan semua orang kurang baik, akan jadi tidak baik sepanjang hidupnya,” jelasnya kepada indahnyaislam.my.
Tag : Berita Artis , Dakwah , Islam , Jambi , Johan Asari , Pelakon

UKM dan IUKL nafi berikan Phd dengan Azizan Osman



Azizan Osman, Berita Artis, Doktor, Pakar Motivasi, Penceramah, Phd, UKM, Universiti, Usahawan,
Belum reda penafian Universiti Malaya (UM), kini dua lagi universiti tempatan tampil menafikan pernah menganugerahkan ijazah doktor falsafah (PhD) kepada pakar motivasi terkenal, Azizan Osman.
Berita Harian melaporkan, jurucakap Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengesahkan tiada nama individu yang bernama Azizan Osman tersenarai sebagai penerima yang dianugerahkan PhD oleh universiti berkenaan.
Azizan mendakwa memiliki PhD dalam jurusan psikologi yang dianugerahkan UKM kepadanya, namun tidak didedahkan tahun beliau menerima ijazah doktor falsafah berkenaan.
Turut membuat penafian ialah Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) yang mengesahkan tidak pernah menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran dan PhD kepada pengasas syarikat Richworks Group of Companies itu.
Dalam kenyataan hari ini, IUKL berharap penafian berkenaan dapat menjelaskan kekeliruan dan salah faham yang membabitkan universiti itu.
Azizan dikatakan memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari IUKL pada tahun 2009 diikuti oleh Doktor Falsafah dengan pengkhususan dalam bidang Pengurusan di universiti yang sama.
Maklumat mengenai pendidikan Azizan ini dipaparkan dalam profil syarikat miliknya namun kini semuanya ‘hilang’ selepas penafian daripada tiga universiti tempatan.
Sebelum ini, pernah ada pendedahan mengenai kelulusan Azizan yang mendakwa menerima penganugerahan PhD Sains Metafizik dari Universiti Gordon di Florida, Amerika Syarikat namun ianya turut meragukan. – MYNEWSHUB.CC
Tag : Azizan Osman , Berita Artis , Doktor , Pakar Motivasi , Penceramah , Phd , UKM , Universiti , Usahawan

Tips Alami Mengembalikan Dara



Tips Alami Mengembalikan Dara |Untuk zaman sekarang ini ramai gadis gadis yang belum menikah sudah hilang dara.banyak sebab hilangnya dara atau perawan antaranya adalah terlanjur dengan kekasih,kena rogol,telalu banyak 0nani,sukan,naik kuda dan lain lainnya.
Bagi orang yang sudah menikah dara tidaklah penting sangat,tapi bagi wanita yang belum menikah kehilangan dara adalah perkara yang membuat mereka takut mengecewakan suami mereka kelak.
Disini ada beberapa tips untuk mengembalikan perawan dengan racikan ramuan tradisionanl alami buatan sendiri.tips ini sesuai untuk anak gadis yang sudah hilang dara dan juga wanita yang sudah menikah.
Sediakan bahan berikut:
1.Telur ayam kampung
2.Kayu cendana
3.Minyak wijen
4.Kunyit
5.Buah maja


Cara meracik
1.Tumbuk kayu cendana,sedikit buah maja dan kunyit hingga menjadi halus.(Sesuai yang di inginkan)
2.Setelah halus tambahkan sedikit minyak wajen dan telur kampung(yang kuning sahaja)
3.Bancuh dengan air panas,setelah hangat baru di minum.
4.Buat rutin sekali dalam satu hari selama seminggu.
5.Pada wanita yang sudah berkahwin jika anda merasa kurang ketat lagi lakukan pengamalan lebih lama tapi hanya 1 kali saja dalam sehari.

Waktu
Tidak kira pagi siang atau malam tapi minum racikan selepas makan.seeloknya minum racikan ketika hendak tidur.

Seluar Ketat Punca Dara wanita Jadi Rosak



Seluar Ketat Punca Dara wanita Jadi Rosak|Dalam istilah Kedoktoran, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Letaknya diantara 1 atau 2 cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit / semilunar dan mempunyai pemisah (septum).
Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologinya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia memiliki “beban yang berat” kerena dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan. Selain berhubungan intim ternyata selaput dara juga bisa pecah, hal-hal yang menyebabkan selaput dara pecah antara lain:
-Adanya benda tajam atau tumpul yang menembusnya.
Terjatuh
-Memakai seluar yang terlalu ketat
-Masturbasi
-Perawatan yang dilakukan pada liang vagina
-Gangguan penyakit pada saluran vagina
-Kecelakaan dan aktivi berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.






Memakai jeans ketat boleh menjadi penyebab kepada JANGKITAN FARAJ. Jeans ketat seperti skinny jeans (juga legging dan seluar dalam) mengurangkan pengaliran udara ke kawasan faraj. Ini meningkatkan tahap kelembapan di sekitar faraj dan vagina, seterusnya menyediakan kawasan perumahan yang sesuai untuk yis, bakteria, virus dan parasit.
Selain jeans ketat, jangkitan pada kawasan vulvovagina (atau vulvovaginitis) juga berlaku kerana :
-Tahap estrogen yang rendah di kalangan wanita-wanita yang sudah mengalami putus haid (menopaus) menyebabkan vagina kering.

-Alergik kepada buih sabun, pembersih faraj dan wangian Tahap kebersihan yang rendah di kalangan kanak-kanak
-Jangkitan daripada pasangan melalui aktiviti seks (sexually transmitted disease – STD)
Ajarlah anak-anak atau adik-adik anda untuk membasuh kawasan kemaluan dari depan ke belakang bukan sebaliknya, kerana dikhuatiri kuman dari saluran dubur akan menjangkiti faraj. Vulvovaginitis adalah jangkitan yang kerap ditemui di kalangan kanak-kanak kerana pH vagina masih tidak sesuai untuk menghindari jangkitan kuman.
Antara tanda-tanda yang perlu kita sebagai perempuan ambil tahu, ialah :
-Gatal-gatal di sekitar kemaluan
-Ruam panas
-Keluarnya cecair dari faraj
-Vagina berbau
-Tidak selesa atau sakit ketika melaksanakan hajat kecil

Perhatikan warna cecair faraj sama ada hijau kekuningan, putih atau kekelabuan. Periksa cecair yang keluar dari kemaluan anda selepas hubungan kelamin, terutamanya jika baunya hanyir seperti ikan.



Kenapa perlunya merawat vulvovaginitis? Untuk mengelakkan situasi yang lebih teruk seperti pendarahan di luar waktu haid, kesakitan semasa berhubungan kelamin dan mengelakkan daripada ulser.
Sila rujuk doktor di klinik dengan segera supaya anda mendapat rawatan antibiotik atau krim untuk disapu untuk mengurangkan keradangan dan merawat jangkitan.
Jika doktor anda mengenalpasti bahawa jangkitan ini adalah disebabkan STD, pasangan anda juga perlu dirawat. Jika tidak, jangkitan akan berulang kembali. Oleh itu, silalah jawab soalan-soalan doktor dengan sejujurnya, jika anda sayangkan diri anda.

Tips Mengencangkan Payudara Dan Punggung Dengan Kangkung




Tips Mengencangkan Payudara Dan Punggung Dengan Kangkung|Kangkung,sayuran yang sangat mudah hidup dan senang di jumpai di mana mana di seluruh asia tenggara,selain daripada sedap di makan kangkung juga sebenarnya mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan.
Merisik kepada tajuk bagaimanakah kangkung bisa membesarkan dan mengencangkan payudara wanita dan juga membuat punggung jadi besar sehingga nampak seksi?
Selain dari kangkung sayuran lainnya juga mempunyai khasiat yang sangat baik,tapi kangkung adalah sayuran yang sangat baik untuk membesarkan dan mengencangkan payudara dengan beberapa teknik yang telah di dedahkan oleh Dr.Jhon vander dari amerika serikat,berikut perkara yang harus anda lakukan
Pertama anda harus mencari kakung yang segar (tidak dibeli dipasar) dan juga memiliki daun yang nampak sehat dan baik untuk di makan.
Seterusya anda petik kira kira satu baldi penuh,kemudian basuh kangkung dengan bersih dan selepas itu ikat dengan beberapa ikatan meggunakan getah atau tali.
Kemudian masukkan dalam bakul dan jual kepasar pasar.duit hasil dari pada penjualan kangkung belilah ubat mengencangkan payudara dan juga membesarkan punggung di kedai kedai jamu.semoga bermanfaat

18+ Sebelum Jadi Balu Atau Janda Elok Korang Baca Ini




Memiliki suami idaman, adalah impian semua wanita di dunia ini, lalu muncul semangat yang membara untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami tercinta, tapi malangnya di tengah jalan kehidupan berumatangga, mata tiba tiba dah tak tertahan dengan debu yang menerpa ketika menyapu rumah, atau hati sedih melihat tangan yang menjadi kasar dan keras setelah bergelumang di antara kotoran pakaian dan sabun pencuci..
Di dapur pula masih banyak pinggan mangkuk yang belum di cuci, periuk kuali yang belum di gosok, dan gelas cawan yang masih berbaki air minuman, mula di naiki semut dan serangga..
Lafaz menjadi lelah mengenangkan kain baju yang masih terendam belum di cuci, yang sudah dicuci pula belum dijemurkan, dan yang sudah di jemur pada ampaian masih belum di angkat untuk di asingkan.., masih belum bergosok dan masih belum berlipat…
Anak anak pula cepat kotorkan diri, juga cepat laparkan diri lalu kencing serta berak merata rata..
Kemudian datang tetamu ketika rumah masih berselerak, kain baju dan pinggang mangkuk yang bertabur taburan seperti pasir di tepian pantai..Oh! apa yang aku nak masak malam ini?
Nanti petang suami pulang, ingin melihat rumah bersih dan kemas, ingin makan masakan sama rasa seperti masakan ibunya, ingin berehat menonton TV, sambil memesan makanan segera dan minuman panas seperti berada di restoran lagaknya..
Lalu menangislah wanita itu mengenangkan kehidupannya yang menyedihkan, beban kerja bertambah banyak tapi suami tak tolongpun, anak pula berak tapi suami tak ingin nak basuh, lalu hujan turun lantas suami terus tertidur membiarkan kain baju basah di jemuran..
Sebelum tidur suami berpesan, pakaian ke pejabat mesti disiapkan sebelum subuh, mesti bergosok dan stokin harus berbau wangi…
Dan di malam hari pula, masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam…
Ok, cukup sampai situ.
Persoalannya?, setelah korang para isteri buat semua perkara di atas, bersusah susah dari awal kahwin hingga hari ini, tapi kenapa suami masih tak bahagia hidup bersama korang?, sehingga sanggup marah korang, tengking korang, pukul korang, dan akhirnya ceraikan korang?
Kenapa?
Ok, sebelum tu, biar aku cerita pada korang akan apa peranan sebenar isteri pada suami secara batiniah, sebab korang dalam bab lahirian, semua dah tahu, semua dah pandai masak, kemas rumah, dan basuh kain baju, tapi dalam hati ada sifat yang tak betul seperti perasan diperlukan, perasan bagus, perasan di salahkan, perasan dibebankan dan sebagainya yang buat suami rasa tak best duduk sebumbung dengan korang lalu sanggup marah dan tengking korang, dan sanggup melihat korang menderita… isk…
Sebenarnya, ibu ibu dan puan puan sekalian, senang cerita, terdapat tiga jenis isteri,
Pertama adalah jenis yang derhaka pada suami, kedua yang Nampak taat tapi dalam hati derhaka dan yang ketiga adalah opposite pada dua golongan tadi, tidak derhaka pada suami sama ada secara batin atau zahir, dan dah tentu golongan yang ketiga akan masuk shurha, dan golongan kedua masih boleh di selamatkan dan golongan yang pertama eloklah belajar tentang kehidupan neraka supaya tidak janggal apabila tiba di sana kelak..

Kenapa jadi macam tu?

Begini ceritanya,
Korang tahu tak bahawa seorang anak itu tak boleh meninggikan suara pada ibunya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki ibu.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah anak yang soleh yang mana walaupun ibu bapanya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si anak tadi..
Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada mak sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..,
Bagaimana jika mak kita buat silap? Tak solat atau tak nak tutup aurat atau suka pakai barang kemas melampau lampau, apa kita perlu buat?
Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada mak kita sampai bila bilapun kerana orang itu adalah mak kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai anak dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar ibu kita dapat membetulkan kesilapan mereka.., faham?
Kita tak boleh merajuk dengan mak kerana dosa mereka, hak kita sebagai anak tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah!
Kerana mereka adalah ibu kita dan shurga kita ada dalam ketaatan kita pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..
Ok, bab ibu dan anak semua dah faham..
Tapi ramai perempuan tak faham bahawa shurga mereka ada pada suami mereka!
Korang tahu tak bahawa seorang isteri itu tak boleh meninggikan suara pada suaminya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki suami?.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah isteri yang solehah yang mana walaupun suaminya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si isteri tadi..,
Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..,
Bagaimana jika suami kita buat silap? Tak solat atau kahwin dengan perempuan lain, apa kita perlu buat?
Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami kita selagi mereka tidak ceraikan kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai isteri dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar suami kita dapat membetulkan kesilapan mereka..,
Kita tak boleh merajuk dengan suami kerana dosa mereka, hak korang sebagai isteri tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah! walaupun suami korang mengaku tuhan macam Firaun,, tapi isteri firaun tetap masuk shurga kerana hak isteri adalah khidmat pada suami, faham?
Kerana mereka adalah suami korang dan shurga korang ada dalam ketaatan korang pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..

Selain MANDUL, Ini 6 Penyakit Yang Membuat Wanita Susah Mengandung




Selain Mandul,Ini 6 Penyakit Yang Membuat Wanita Susah Mengandung|Hidup dalam berkeluarga,anak adalah salah satu anugrah terindah yang paling di impikan setiap pasangan,sekaligus bukti daripada kejantanan seorang lelaki,akan tetapi bukan semua pasangan boleh mendapatkan anugrah itu.
Bila nak dapat anak? itulah soalan yang paling di geruni oleh setiap pasangan apabila bertahun tahun tidak mendapatkan zuriat.
Untuk mengelakkan mendengar soalan itu,anda tentu malas untuk pergi ke jemputan kahwin,bertemu rakan rakan lama,terutama balik kampung.
Menguas tentang hal ini,untuk membuat anda lebih faham,selain daripada mandul ada beberapa hambatan yang mempengaruhi kesihatan wanita untuk hamil.


1.Sindrom ovarium
polikistik merupakan penyebab paling umum dari ketidaksuburan pada wanita. Penyakit ini membuat kelenjar adrenal menghasilkan lebih banyak androgen (sejenis hormon). Tingginya kadar androgen dalam tubuh dapat mengganggu perkembangan folikel ovarium dan pelepasan sel telur selama ovulasi.
ovarium. Sayangnya, penyebab pasti dari Sindrom ovarium polikistik belum diketahui, tetapi penelitian saat ini menunjukkan bahwa kombinasi antara faktor genetik dan lingkungan dapat menyebabkan penyakit ini.

2.Penyakit radang panggul
Penyakit radang panggul adalah infeksi yang terjadi pada organ reproduksi wanita. Ini adalah salah satu komplikasi yang paling serius dari penyakit menular seksual pada wanita. Penyakit ini dapat menyebabkan kerusakan kekal pada uterus, ovarium, saluran tuba, atau bagian lain dari sistem pembiakan wanita, dan menjadi penyebab utama wanita menjadi mandul.
Penyakit radang panggul terjadi ketika organisme, penyebab penyakit masuk melalui serviks ke saluran kelamin bagian atas. Gejala penyakit radang panggul meliputi nyeri di perut atau daerah perut bagian bawah, atau nyeri di perut bagian kanan atas.


3.Endometriosis
Endometriosis adalah gangguan yang terjadi ketika endometrium tumbuh di luar rahim. Jaringan endometrium dapat menyebar ke luar daerah pinggul. Karena jaringan endometrium tidak dapat keluar dari tubuh, itu menjadi terperangkap dalam tubuh.
Akibatnya, jaringan sekitarnya dapat mengalami iritasi dan kemudian mengembangkan jaringan parut. Endometriosis bisa memicu nyeri – kadang-kadang parah – terutama selama periode menstruasi.


4.Kegagalan Ovarium Prematur
Istilah Kegagalan Ovarium Prematur digunakan untuk menggambarkan ketika ovarium seorang wanita berhenti bekerja secara normal sebelum mencapai usia 40 tahun. Perlu diketahui bahwa ini tidak sama dengan menopause dini.
Mereka yang terkena Kegagalan Ovarium Prematur umumnya tidak mengalami menstruasi bulanan, atau siklus menstruasi mereka tidak teratur. Penyakit ini membuat wanita memiliki masalah dengan ovulasi, yang membuat wanita sukar hamil. Selain itu, wanita yang menderita kondisi ini juga lebih berisiko menderita osteoporosis.


5.Fibroid rahim
Fibroid rahim juga disebut Leiomioma atau mioma. Perlu diketahui bahwa fibroid rahim tidak berhubungan dengan peningkatan risiko kanser rahim dan hampir tidak pernah berkembang menjadi kanser.

Fibroid rahim berkembang dari jaringan otot halus rahim (miometrium). Pola pertumbuhan fibroid rahim bervariasi. Mereka dapat tumbuh lambat atau cepat, atau mungkin tetap dengan ukuran yang sama. Beberapa fibroid bisa tumbuh sumbur dan beberapa mungkin menyusut dengan sendiri. Banyak fibroid yang muncul selama kehamilan dan kemudian menyusut atau menghilang setelah kelahiran.
Sebanyak 3 dari 4 wanita memiliki fibroid rahim selama hidup mereka, tetapi kebanyakan tidak menyadarinya karena itu sering tidak menimbulkan gejala. Anda mungkin akan menemukan fibroid di tubuh saat pemeriksaan panggul atau USG.


6.Infeksi
Infeksi tertentu juga dapat menyebabkan masalah kesuburan. Klamidia adalah salah satu infeksi menular seksual yang paling sering mempengaruhi kesuburan wanita.

Infeksi ini mudah menyebar karena sering tidak menimbulkan gejala dan dapat ditularkan ke pasangan seksual.

[VIDEO] Wanita Kencing Keluar CACING Karena Melakukan Perkara Ini



Wanita Kencing Keluar Cacing Karena Melakukan Perkara Ini|Wanita yang berasal dari South Carolina itu menemui doktor untuk membuat pemeriksaan dan selain kencing mengandungi cacing, dia turut mengalami kesakitan yang amat sangat ketika membuang air.

Doktor yang merawatnya telah meminta sampel air kencing wanita itu dan mereka terperanjat apabila menemui cacing sepanjang 0.5cm berwarna hitam dan boleh dilihat oleh mata kasar.

Ketika menerangkan mengenai kes berkenaan dalam jurnal BMJ Case Reports, doktor itu memberitahu bahawa ia sebenarnya adalah larva, bukannya cacing.

Wanita itu juga disahkan menghidap myasis dan keadaan ini berlaku pada mereka yang minum air yang tercemar dengan telur lalat.


Kebiasaannya ia berlaku di bahagian kulit, mata dan saluran hidung namun jangkitan pada air kencing merupakan satu keadaan yang luar biasa.










Keadaan itu juga biasanya hanya berlaku di negara membangun dan disebabkan wanita itu menghidap kencing manis maka ia dikaitkan dengan sistem imun yang lemah dengan kapasiti yang kurang untuk melawan jangkitan dan parasit.

Dia juga tidak mengetahui bagaimana jangkitan itu berlaku tetapi wanita itu memaklumkan dia telah berpindah ke Charleston, South Carolina, dari Mexico.

Selepas pemeriksaan dijalankan, doktor memberikan ubat ivermectin, bagi merawat pesakit yang dijangkiti parasit dan seminggu selepas itu kencingnya tidak lagi mengandungi larva.



Peniaga Online Dikecam Tidak Pandai Berniaga Secara BERADAB Kerana Mengunakan Kata Ganti Diri "Saya Awak"



Zaman sekarang trend penjualan secara online bukanlah sesuatu yang baru. Yelah ramai yang merasakan pembelian online lebih senang dan mudah. Namun, dalam bisnes penjualan online ini banyak cabaran selain dari kepercayaan.

Macam kisah yang dikongsi oleh salah seorang penjual online ini, agak kelakar sebenarnya. Mana taknya, dituduh tak beradap dek kerana memanggil dengan panggilan ‘awak’. Haish. Macam macam..

Selama 27 tahun sy hidup.. baru saya tahu guna perkataan ‘saya dan awak’ adalah tak beradab. Selama ni org ckp saya and awak tu sopan..

Baru saya taw nak beradab kene gune bahasa inggeris rojak.. sis dear yunk.. nasib bukan junk..
Maafkan saya kerana selama ni saya guna saya and awak tak beradab rupenye..

Perlu guna ‘sis, dear atau yunk’

mantaliti org kita...lbh rse standard bila bbahasa Inggeris wlw pn bhsa rojak 👌✌






MasyaAllah..lagi kes buang bayi di Kelantan..



Mana letaknya nilai kemanusian dalam diri manusia..Pandai buat tapi tak pandai jaga.. Orang lain siap merayu-rayu lagi dengan Allah untuk mendapatkan zuriat.. Tapi orang yang senag dapat pulak senang-senang je pergi buang.. Seksa betol tengok mayat bayi tu.. Tunggulah azab di akhirat nanti..





BACA ARTIKEL MENARIK LAGI:














MAAF SIS.."ANAK KO NEGRO"!!!



Hajat nak berurusniaga dengan seorang pelanggan terbantut apabila wanita itu tidak semena-mena bertanyakan soalan yang tidak sepatutnya.

Emma Adelia, tidak menyangka tindakan pelanggannya bernama Safina Said itu tergamak menghina anak dan suaminya yang berasal dari Nigeria itu.

“Eh eh, kelakar sey orang macam ni. Inilah contoh orang yang ada masalah hati. Nak viralkan katanya, tetapi last-last dia yang block kita. Takut ke kak?

“Dari awal mesej memang tak minat nak layan. Bukan main banyak tanda soal dan tanda seru. Bodoh. Tak dapat pelanggan macam ini pun tak apalah. Saya tak mati. Hati kakak ini lagi hitam dari negro. Itu yang pasti,” katanya.

Berdasarkan perbualan mereka, Safina yang mahu membuat tempahan jeruk pada mulanya, berasa pelik lalu bertanya tentang kanak-kanak yang berada di sebelah Emma dalam gambar profile Facebook. Tanpa mengesyaki niat wanita itu, Emma berterus terang bahawa kanak-kanak itu adalah anaknya dan suaminya adalah warganegara Nigeria.

Sejurus mendapat penjelasan Emma, Safina terus membatalkan tempahannya.

“Kalau anak negro, saya minta maaf. Saya tidak mahu berurusan dengan sis! Suami saya tak izin saya terlibat dengan yang berkaitan dengan negro. Negro buruk, perangai pun buruk,” katanya.

Terkejut dengan kata-kata wanita itu, Emma dengan tenang menjawab yang dia juga tidak dapat terus berurusan dengan wanita itu kerana tindakan perkaumannya itu.

“Sis, maaf ya. Saya pun rasa tak boleh nak berjual beli dengan sis. Ya, anak saya kacukan Nigeria tetapi anak saya cantik tau. Tak seperti sis dan suami, muka hodoh dengan hati busuk,” kata Emma yang juga menegaskan bahawa dia tidak gemar dengan golongan yang bersifat perkauman.

Bagaimanapun, Safina dengan confidentnya mendakwa Emma bersikap kurang ajar dan mengugut mahu menyebarkan insiden itu di media sosial. Malangnya, ugutan itu tidak memberi sebarang rasa takut kepada Emma.

Netizen kini sedang giat mencari individu yang bernama Safina Said, namun gagal menemui sebarang petunjuk mengenai wanita misteri itu. Dalam masa yang sama, netizen juga menasihatkan Emma agar usah dipedulikan manusia individu berkenaan.











Mimpi Patah Gigi Taring Rupa Rupanya Petanda Suami Dibunuh Dengan Kejam




Mimpi Patah Gigi Taring Rupa Rupanya Petanda Suami Dibunuh Dengan Kejam|Mimpi patah gigi graham dan taring bawah kiri agak agak apa maksutnya ye? tulis seorang wanita yang menamakan dirinya ika di ekaun facebooknya pada 10 september awal bulan ini.
Ekoran status tersebut membuat beberapa rakannya untuk mendoakan yang baik baik,pasalnya menurut kepercayaan orang ramai maksud mimpi itu adalah bakal ada salah seorang ahli keluarga yang akan meninggal.
Hanya dalam masa 19 hari 29.09.2016 beliau telah kehilangan suaminya bernama Arie Iskandar 30,jenazah suami beliau ditemukan dikebun getah kampung parabulih lembak didakwa mangsa pembunuhan.

Rupa rupanya mimpi patah gigi ika adalah satu pertanda bahwa dia akan kehilangan suami tercinta,Tidak hanya itu pada 17.september 2016 ika sempat memuat naik semula satu status berkait dengan hadist dari HR Muslim No 1914. ” yang berbunyi
“Wahai Rasulullah, bagaimana jika ada orang merebut hartaku?
>Jangan kamu berikan
>Bagaimana jika ia menyerangku?
>>Balaslah menyerangnya
>Bagaimana jika ia berhasil membunuhku?
>>Berarti kamu mati syahid
>Bagaimana jika aku yang membunuhnya?
>>Dia berada di neraka

Sebelumnya dimaklumkan pada 29.09.2016.Mayat seorang lelaki dalam lingkungan usia 30 mengalami beberapa luka tusukan ditemukan dikebun getah,mayat berkenan ditemukan pertama kali oleh warga setempat.
Mangsa ditemukan dalam keadaan tanpa pakaian leher dan tangan di ikat dengan tali.
Pihak kepolisian lembak membenarkan adanya penemuan mayat tersebut,menurut hasil bedah siasat mangsa yang bekerja sebagai pemandu travel itu mengalami luka dibagian pipi kanan,tusukan di leher,dada kiri,lengan,pinggang kanan dan paha bagian kiri.


Bagaimanapun ika dalam sebuah panggilan telepon menjelaskan bahwa dirinya ikhlas atas pemergian suaminya.
Saya ikhlas dan berharap pihak polis segera menangkap pelaku yang membuat anak saya yang masih berusia 5 bulan yatim, katanya ketika dihubungi pemberita.





loading...