loading...

Thursday, 29 September 2016

Wanita Jadi Viral Kongsi Tips Awet Muda Dan Cantikkan Dalaman Wanita..Nk Cantik Tak Susah.. Hanya 5 STEPS sahaja



Wanita Jadi Viral Kongsi Tips Awet Muda Dan Cantikkan Dalaman Wanita|Bayangkan, anak menakan (anak buah) terperanjat bila saya beritahu umur saya 24 tahun. Saya ingat muka saya ini nampak seperti berusia 30 tahun di pandangan anak menakan, rupa-rupanya dia ingatkan saya baru berumur 19 tahun.
Hahaha! Bukan dia sahaja, malah ramai lagi yang nampak saya seperti awet muda. Ingatkan saya budak sekolah pun ada. Mungkin kerana saiz badan saya yang agak kecil, kurus dan awet muda.
Saya malas nak kongsi rahsia awet muda yang saya amalkan. Tetapi tak apalah berkongsi kebaikan pun merupakan satu ibadah juga kan?
Nah, saya nak kongsikan rahsia kecantikan saya dengan menggunakan air rawatan tradisional untuk:
-Dalaman wanita
-Mengurangkan keputihan
-Seri wanita
-Awet muda
-Mengeluarkan aura positif
-Memberi tenaga dan mencantikkan luaran kita

Saya amalkan minuman ini dan juga pil buatan sendiri. Senang, homemade sahaja. Terjamin selamat untuk badan.
Bolehlah cuba resepi air tradisional ini. Memang best! Untuk buatkan air rawatan tradisional ini kekal lama pun ada tipsnya juga. Tetapi saya akan kongsikan pada slot lain pula ya.
Saya akan ambil dua atau tiga sudu pati jamu ini dan dicampurkan dengan setengah cawan air suam. Minum tiga kali seminggu.

Bahan-bahan yang diperlukan:



-4 ulas kunyit saiz 2 inci (merawat luka dalaman)
-Seulas halia saiz 2 inci (membuang angin)
-Sebiji buah manjakani (mengetatkan bahagian dalaman wanita)
-Sesudu asam jawa (mengempiskan perut)
-Sedikit gula merah (saja letak gambar besar)
-Semua bahan-bahan tak kisah sangat nak guna banyak mana pun sebenarnya. Cuma berhati-hati dengan manjakani sebab pahit.



Cara Memasak

Tumbuk kunyit dan biji manjakani serta hiris halia. Nak tumbuk halia pun boleh tetapi saya tak suka rasa tajam halia kalau tumbuk sekali.



Rebus halia, kunyit dan biji manjakani dengan dua cawan air. Tunggu sehingga mendidih




Setelah mendidih, tambah dengan air asam jawa. Saya campur asam jawa tadi dengan dua cawan air juga. Biar sampai mendidih lagi.



Selepas mendidih sekali lagi, letak gula merah. Gula merah ini bertujuan mengurangkan rasa pahit manjakani itu. Kalau korang jenis yang suka pahit-pahit ini, tak perlu letak pun tak apa. Ini pun dibiarkan sehingga mendidih dan air kering sedikit dalam suku dari jumlah air asal. Boleh tutup api dan tunggu sehingga sejuk.



Bila sudah sejuk, dah boleh tapis dan simpan dalam bekas bertutup. Tadaa! Pati jamu anda sudah siap.


Sembarang kemuskilan yang di jawab oleh tuan punya badan
1.Wanita period boleh minum tak? wanita period tak boleh minum
2.wanita yang belum berkawin boleh minum? wanita yang belum kahwin boleh tapi jangan tambahkan manjakani
3.Minum banyak mana? campurka dua sudu pati jamu yang di buat dengan setengah cawan air suam..sebab pati jamu tu pekat..minum 3 kali seminggu sebelum breakfast
4.Boleh disimpan berapa lama? biasa simpan 2 minggu jugak sebelum buat baru

Untuk sembarang pertanyaan lainnya seperti wanita menyusu boleh minum atau tidak sila hubungi Sahira Lim

0 comments:

Post a Comment

loading...