loading...

Monday, 12 September 2016

Air Mata Di Hari Raya Aidil Adha

Air Mata Di Hari Raya Aidil Adha|Hari ini merupakan hari yang menggembirakan untuk umat Islam seluruh dunia di mana kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha  hari di mana umat Islam digalakkan membuat korban binatang ternakan.
Namun, lain pula kisahnya dengan pasangan Encik Mohd Jazry dan PuanHaziyana Fifi di mana hari ini mereka telah kehilangan anak mereka yang dikasihi Nur Hafieshya.
Untuk menyatakan kesedihannya itu dan memaklumkan kepada rakan-rakan tentang pemergian anaknya, Puan Haziyana Fifi telah memuatnaik satu status di laman facebooknya.
Jom kita baca,
BISMILLAHHIROHMANIROHIM & ASSALAMUALAIKUM SEMUA
maafkan mama sbb mmg xdpt nak jawab&balas mesej semua..harap semua faham..
baru tgk arwah NUR HAFIESHYA
FIRST TIME mama pegang adik
FIRST TIME mama cium adik
sejuk..tp mama suka cium adik..mama nak cium byk2..lepas ni mama xleh nak cium dh😭😭😭
Sebelum ni mama tak berani nak cium adik sebab takut jangkitan kuman mama kena kat adik..tapi arini mama tak perlu risau lagi dah..mama dah boleh sentuh..dukung dan  cium adik.
Sayang pergi la sayang..pergi dengan tenang..
Orang sibuk menyambut raya..mama menyambut jasad adik..mama redha sayang..sayang pergi la..nanti tunggu mama ye..
Percaya la mama sayang adik sangat-sangat..adik bidadari syurga mama..
Pemergian adik masih lagi jadi tanda tanya tapi tunggu mama semadikan adik dulu.
Insyallah adik akan disemadikan di kampung papa di Kg Pangkal Jenereh, Machang, Kelantan mungkin selepas zohor..sapa-sapa nak tengok adik esok boleh la..
mama-0175889979
papa-0126819155

Pada yang sedekah pada Eishya selama ni..mama minta halalkan dunia akhirat ye
tolong sedekah kan AL-FATIHAH ye semua..
Sementara itu Encik Mohd Jazry  dalam satu kenyataan di laman Facebooknya menyatakan dia akan melalui jalan dari Ipoh dan akan melalui Kuala Kangsar – Grik – Jeli – Tanah Merah – Machang di mana dia dan bersama sebuah lagi kereta lain akan membawa pulang jenazah Nur Hafieshya.
“Andai terlihat dua buah kereta beri double signal melalui jalan Ipoh -Kuala Kangsar – Grik – Jeli – Tanah Merah – Machang, kiranya terpotong kereta anda, kami mintak maaf banyak-banyak, sebab kami nak cepat sampai untuk bawa jenazah Nur Hafieshya ke Machang.”
“Ikut hati kami nak rehat dulu, tapi jenazah tak elok lama-lama dibiarkan dan kami gagahi perjalanan ini juga.” tulisnya.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga adik Nur Hafieshya, sesungguhnya ketahuilah, anak kecil yang pergi meninggalkan kita ini merupakan salah satu syafaat kita di sana, tempat mereka adalah syurga diasuh oleh Nabi Ibrahim yang turut berkaitan dengan kisah sambutan Hari Raya Korban.
loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...