loading...

Wednesday, 21 September 2016

Tak Jumpa Lagi Dah Kot Kita Lepas Ni

Tak Jumpa Lagi Dah Kot Kita Lepas Ni|Ribuan ucapan takziah di ucapkan oleh pengguna media sosial terutama sahabat sahabat yang mengenali atas perginya seorang insan yang baik hati bernama Mohd Syahmi Mohd Shafee, 28 akibat kemalangan jalan raya selepas 3 minggu kahwin dengan kekasih hatinya.
Menurut rakan mangsa Syakirin Perbualan Terakhirnya dengan arwah yang bertanya bila meraka boleh berjumpa lagi seolah pertada  ajal rakannya itu sudah dekat apabila soalan itu di jawab dengan “Tak jumpa lagi dah kot lepas ni”
Selain itu Syakirin juga berkata bahwa arwah sempat meminta video hari pernikahannya diupload di laman media sosial untuk tatapan sahabat sahabatnya yang tidak sempat datang ke majlis pernikahannya yang berlangsung pada 27.08.2016 lalu.
Bagaimanapun hari ini Mymetro melaporkan mangsa Mohd Syahmi Mohd Shafee, 28, meninggal dunia di lokasi selepas diseret di bawah lori Dalam kejadian 11 pagi itu sewaktu mangsa melalui susur ke Sungai Buloh selepas tol berkenaan.
Manakala siasatan awal dilakukan mendapati motosikal model Honda Wave ditunggang mangsa dilanggar oleh sebuah lori sampah.
“Lori berkenaan tidak menghentikan kenderaannya selepas kemalangan dan menyebabkan mangsa terseret.
“Bagaimanapun, terdapat pengguna jalan raya lain menyedari kejadian berkenaan selepas mendengar dentuman kuat dari belakang kenderaannya.
“Saksi sempat merakamkan nombor pendaftaran lori sampah terbabit menerusi telefon bimbit sebelum kenderaan itu beredar,” katanya menerusi satu kenyataan sebentar tadi.
Menurutnya, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan mayatnya sudah dituntut oleh keluarga petang, semalam.
Katanya, polis juga sudah mengenalpasti syarikat lori sampah terbabit.
“Tangkapan terhadap pemandu lori berkenaan sudah dilakukan hari ini dan kita turut menemui kenderaan disyaki terbabit dalam kemalangan itu,” katanya
loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...