Pada: Selasa, 13 September 2016
Ako Mustapha, Berita Artis, Pelakon,
Ako Mustapha meluahkan rasa kecewa melihat perkembangan dunia lakonan tanah air ketika ini. Pelakon-pelakon baharu yang memegang watak utama atau hero dalam sesebuah drama kerana tidak mempunyai standard tertentu. Kebanyakkan hero baharu yang dipilih oleh stesen televisyen hanya berdasarkan rupa paras semata-mata tanpa menilai kualiti lakonan mereka, jelas beliau.
Tambah Ako, peluang juga seharusnya diberikan kepada pelakon-pelakon baharu yang mempunyai ilmu dalam bidang lakonan atau seni persembahan."Kualiti hero sekarang sudah menurun, siapa sahaja boleh jadi hero jika ada wajah yang kacak.
"Mereka terus diberi peluang pegang watak utama tanpa watak-watak kecil terlebih dahulu. Tahap lakonan atau kualiti sudah tidak penting," ujarnya kepada mStar Online.
Katanya lagi, ramai siswa dan siswazah yang mendalami ilmu dalam bidang lakonan atau seni persembahan yang tidak mendapat peluang tersebut.
Tag : Ako Mustapha , Berita Artis , Pelakon
0 comments:
Post a Comment