loading...

Thursday, 22 September 2016

[VIDEO] Cerita Sebenar Orang Awam Ditembak Mati Anggota Polis Lahad Datu

Cerita Sebenar Orang Awam Ditembak Mati Anggota Polis Lahad Datu|Lelaki yang ditembak anggota polis di Kampung Merabung, lahad datu dekat sini, pagi semalam telah menimbulkan beberapa kontroversi.
Pada awalnya mangsa diviralkan di laman media sosial sebagai seorang penceroboh yang dipercayai bertindak argesif sebelum ditembak polis pada jam 7.23 pagi Rabu
Mangsa yang di kenali sebagai Ronald Engliong, 40-an, dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Lahad akibat kesan tembakan.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk kampung mengatakan suspek bertindak agresif dan cuba mencederaan orang awam.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota polis yang cuba menenangkan mangsa dibaling objek keras sehingga seorang anggota polis cedera di kepala dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Susulan itu, anggota polis terpaksa melepaskan tembakan lalu mengenai lelaki terbabit,” katanya
Video sekitar kejadian orang awam mati ditembak anggota polis lahad datu
video
Sementara cerita Halik salah seorang yang dekat dengan ahli keluarga mangsa berkata beliau telah menerima panggilan dari sahabatnya yang mengatakan mangsa kena rasuk.dan bertindak agresif dengan penduduk kampung. Sememangnya mangsa pada mulanya tidak demikian. Dan saya syak beliau ini memang kena gangguan jin.katanya.
“Pada jam6 pagi tadi waktu tempatan.Saya segera bekemas kerana ingin ke tempat si pesakit tadi. Alhamdulillah dalam jam6:30am begitu.sahabat saya sudah tiba dan kami pun segera bergerak ke tempat lokasi Di tungku,Lahad datu”
“Dalam perjalanan kami.belum sempat keluar Di simpang sapagaya. Sahabat saya telah menerima satu panggilan dari ayahnya. Yang mengatakan. Pesakit yang kena rasuk itu sudah tumpas di tempak oleh dua orang anggota polis dari ‘ balai polis tungku ‘ 7das tembakan kena kepada pesakit tadi. 1 das ngam-ngam di tengah kepala”
“Memang benar.sebelum saya di telefon oleh sahabat saya itu,keluarga pesakit ada telefon polis tujuannya membuat kawalan sahaja. Bukan melakukan pembunuhan”
Alangka sedihnya saya mendengar kabar berita itu. Sangat tidak wajar di buat demikian, Saya di pahamkan arwah meninggalkan satu orang istri.dan 5 org anak.lain disuruh buat, lain yang dibuat.katanya.
Cerita adik mangsa
loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...