Lelaki Hidup Melarat Akibat Zakar Terlalu Besar|Kebanyakan lelaki mempunyai impian untuk memiliki penis yang besar namun hal ini ternyata membawa malang buat seorang lelaki dari Kenya, Sorence Owiti Opiyo.
Ini kerana saiz penisnya yang terlampau luar biasa besar telah menyebabkannya tidak boleh melakukan hubungan seks.
Saiz penis Sorence dikatakan 10 kali lebih besar daripada saiz zakar normal.
Sorence; 20, dipercayai memiliki saiz zakar luar biasa itu selepas kemaluannya membengkak sejak dia masih kecil lagi.
Malah disebabkan ‘kecacatannya’ itu, Sorence tidak dapat menghabiskan zaman persekolahan selepas dia kerap dibuli rakan-rakan berhubung hal tersebut.
Memetik Buzz Kenya, Sorence mengakui dia sangat sedih mengenangkan nasibnya yang mungkin tidak dapat berkahwin dan memiliki zuriat sendiri disebabkan penyakit yang dialaminya itu.
Susulan itu, Sorence berharap dia dapat melakukan pembedahan bagi mengembalikan kehidupan seorang lelaki normal selepas ini.
loading...
0 comments:
Post a Comment