loading...

Monday, 17 October 2016

Gosip bercinta dengan Neelofa, ini komen Fattah Amin....

Pada: Selasa, 18 Oktober 2016
Artis Bercinta, Cinta, Drama, Fattah, Gossip Artis, Neelofa, Pelakon,
Gosip mengenai hubungan Fattah Amin dengan Neelofa yang dikatakan menjalinkan hubungan cinta lokasi memang hangat diperkatakan. Bahkan ada pihak juga yang mempersetujui mengenai hubungan mereka berdua.

Namun ada juga sesetengah pihak beranggapan sebaliknya, mereka digosipkan sedemikian hanya lah untuk mempromosikan drama Suri Hati Mr. Pilot yang dilakonkan oleh mereka berdua.

Dan ini jawapan Fattah mengenai gosip percintaan mereka.

“Seperti mana yang saya katakan sebelum ini, kami cuma rakan biasa sahaja. Jadi, setiap dakwaan yang mengatakan kami bercinta sebenarnya sekadar gosip semata-mata. Keserasian sesama kami muncul secara natural dan tidak dibuat-buat, selain masing-masing berusaha untuk memberikan yang terbaik seperti mana yang dikehendaki oleh pihak pengarah”

“Saya tidak pernah mencampur-aduk urusan kerja dan peribadi sejak mula-mula menceburkan diri dalam bidang ini. Buat masa ini, belum masanya lagi untuk saya bercinta semula kerana banyak perkara lain yang perlu difikirkan. Jadi, ada baiknya saya kekal fokus terhadap perkembangan karier terlebih dahulu,” katanya kepada Kosmo Online

Tag : Artis Bercinta , Cinta , Drama , Fattah , Gossip Artis , Neelofa , Pelakon

0 comments:

Post a Comment

loading...