loading...

Wednesday, 26 October 2016

Satu, dua tak cukup, Che Ta melancong bawa 20 bagasi!


Che Ta atau nama sebenar, Rozita Che Wan membuat pendedahan membawa lebih 20 bagasi setiap kali bercuti ke luar negara.

Normal. Itulah yang dikatakan Che Ta mengenai jumlah bagasi yang dibawa setiap kali bercuti bersama keluarga tercinta. Menurut Che Ta, dia sendiri yang akan mengemas bagasi suami dan anak-anak kerana mahu pakai sedondon setiap hari.
"Saya akan letakkan setiap pakaian yang akan kami pakai mengikut hari, satu bag untuk satu hari.
"Jadi mudahlah kerana setiap satu bagasi itu saya sudah suai padankan serta dengan rona atau tema yang sama.
"Selebihnya saya akan asingkan satu bagasi untuk handbag serta kasut-kasut saya pula," katanya kepada Astro Gempak.
Semua sedia maklum, Che Ta dan fesyen bagai tidak dapat dipisahkan. Dia mengaku, ia adalah satu kerja yang memenatkan apabila proses mengemas kesemua 20 bagasi yang akan dibawa mengambil masa hingga satu hari.
"Meskipun saya sudah mengasingkan lebih awal apa yang mahu dibawa tetapi untuk siapkan semua, ambil masa hingga satu hari juga.
"Dalam masa satu hari itu saya akan fokus dengan bagasi dan pakaian sehingga ia selesai," katanya.

0 comments:

Post a Comment

loading...