"Saya hanya mengetahui diri hamil selepas dua minggu tidak datang haid. Pada mulanya, saya cuba untuk tidak terlalu berfikir mengenainya kerana bimbang nanti kecewa. Cuma terdetik juga di hati, mungkin saya hamil kerana selama ini, tidak pernah berdepan masalah kitaran haid.
"Saya gembira apabila ujian kehamilan yang dilakukan sendiri di rumah menunjukkan keputusan positif. Suami seperti hilang kata-kata apabila doktor memaklumkan saya hamil ketika kami melakukan pemeriksaan lanjut di hospital.
"Suami terlalu sebak tetapi pada masa sama gembira kerana kami memang ingin segera menimang cahaya mata. Sejak hamil, Sam melarang saya menerima tawaran berlakon dan membuat kerja berat. Ada ketika, saya bosan tinggal di rumah kerana sudah terbiasa sibuk,
"Meskipun penat dan ada ketika sibuk dengan urusan kerja, Sam akan cuba memenuhi keinginan saya. Alhamdulillah, suami begitu memahami. Syukur kerana saya tidak mengalami alahan teruk sepanjang tiga bulan pertama ini. Saya berdoa semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang kehamilan pertama ini," kata Syatilla memetik BharianOnline.
Tag : Artis Mengandung , Berita Artis , Shaheizy Sam , Suami Isteri , Syatilla Melvin
0 comments:
Post a Comment