Kerugian itu berdasarkan beberapa buah syarikat untuk mempromosikan produk mereka diatas populariti laman sosial Nabil
Nabil yang mewujudkan akaun Instagram baharu, bagaimanapun bersyukur apabila jumlah pengikutnya semakin meningkat. Hampir sebulan akaun itu diperkenalkan, jumlah pengikutnya meningkat hampir 170,000."Saya sepatutnya menyambung kontrak dengan satu produk membabitkan jumlah RM150,000. Apabila akaun digodam, kontrak itu tidak dapat disambung kerana antara syarat perjanjian, jumlah pengikut di laman sosial saya perlu melebihi satu juta. Beberapa kontrak lain turut dibatalkan membabitkan jumlah puluhan ribu.
"Saya juga terpaksa memulangkan wang pendahuluan dan bayaran diterima daripada pengeluar produk kerana kerja promosi yang tidak sempat diselesaikan apabila Instagram digodam. Jumlah kerugian itu bukan kecil, tetapi saya reda kerana mungkin ia bukan rezeki saya," katanya kepada Bharian Online.
Tag : Ahmad Nabil , Berita Artis , Instagram , Pelawak
0 comments:
Post a Comment