Pada: Selasa, 1 November 2016
Alif Sleeq, Berita Artis, Komposer Lagu, Penyanyi, Singapore, Suami Isteri,
Penyanyi, Alif (Sleeq) berkata, berjauhan dengan isterinya Azzah Fariha yang berada di Singapura menjadikan hubungan mereka lebih erat. Alif akui perkara tersebut membuatkan dia lebih menghargai setiap masa ketika bersama isteri dan anaknya Alana yang kini berusia lima bulan.
Alif berkahwin dengan Azzah Fariha pada 13 September 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata Alana Alif, kini berusia lima bulan."Saya balik ke Singapura boleh dikatakan setiap minggu kerana terlalu rindu dan saya akui ada baiknya hubungan berjauhan ini.
"Bila balik ke Singapura, saya akan habiskan masa dan menghargai setiap masa dengan mereka. Apa yang penting ialah kualiti bukan kuantiti masa yang dihabiskan dengan mereka," ujarnya kepada mStar Online.
Tag : Alif Sleeq , Berita Artis , Komposer Lagu , Penyanyi , Singapore , Suami Isteri
0 comments:
Post a Comment