Gangguan tidur merupakan salah satu masalah kesihatan yang boleh menimpa siapa saja. Kurang tidur tidak hanya membuat anda mudah mengantuk, tetapi juga mempengaruhi keadaan kesihatan secara keseluruhan.
Lantas apa yang harus dilakukan? Langkah pertama adalah dengan membina rutin sihat sebelum tidur. Ini adalah beberapa tip yang boleh anda cuba untuk membuat fikiran dan tubuh menjadi rileks sehingga membantu membawa anda tidur lebih lena dan menyihatkan:
1. Berehat sebelum tidur
Berikan masa untuk tubuh anda berehat sekurang-kurangnya 30 minit sebelum pergi ke tempat tidur. Matikan televisyen, komputer, video game, atau segala sesuatu yang dapat merangsang anda untuk melakukan aktiviti. Biarkan fikiran anda beralih dari mod kerja ke mod tidur. Jauhkan segala macam bentuk barang elektronik, seperti handphone atau i-phone, dari tempat tidur anda.
2. Makan, minum, dan menjaga kesihatan
Tubuh anda ibarat mesin besar yang memerlukan pengambilan makanan dan minuman untuk metabolisme. Elakkan makan besar pada waktu malam hari. Makanlah lebih awal dan elakkan makanan berlemak atau makanan yang mungkin boleh mengganggu tidur anda.
Untuk mendapatkan tidur malam yang baik, hadkan pula pengambilan alkohol. Alkohol mungkin dapat membantu anda tidur lebih cepat, tetapi justrru mengurangkan kualiti tidur dan membuat anda terbangun di pagi hari dengan mulut kering dan sakit kepala.
Kurangkan kafein. Beberapa orang umumnya akan mempunyai masalah gangguan tidur akibat kesan dari pengambilan kafein. Seperti diketahui, kesan kafein akan ada terus bekerja di dalam tubuh seseorang selama sepuluh jam. Ganti dengan air putih atau teh selepas makan siang.
Merokok juga boleh mencetuskan masalah gangguan tidur. Kandungan nikotin jahat pada rokok merupakan stimulan yang boleh membuat anda terjaga lebih lama.
3. Rileks
Jika anda merasa sukar mengatasi stres, cubalah melakukan rutin yang dapat membuat tubuh anda menjadi lebih rileks, misalnya berendam di air hangat atau meneguk segelas susu hangat. Lakukan sedikit peregangan atau teknik relaksasi nafas dalam sambil mendengar alunan muzik yang menenangkan. Matikan lampu untuk menginduksi pengeluaran melatonin-hormon yang membantu anda terlelap.
4. Atur jadual tidur
Anda mungkin bukan lagi anak kecil yang boleh diatur bila-bila harus tidur dan bangun.Akan tetapi, menetapkan jadual tidur adalah penting. Idealnya, setiap orang harus dapat menentukan bila waktu untuk tidur. Dengan memiliki jadual tidur yang teratur, tubuh anda akan mula terbiasa untuk tidur tepat waktu. Jika boleh, cubalah untuk tidur lebih awal agar tubuh anda dapat berehat lebih panjang. Apa kesannya? Ketika bangun, tubuh anda akan terasa lebih segar dan bertenaga.
5. Elakkan tidur Petang
Berhati-hatilah dengan waktu tidur siang anda. Meskipun tidur siang boleh menjadi cara yang bagus untuk mengisi semula atau mengejar kekurangan waktu tidur, tetapi jika anda tidur siang terlalu sore, anda mungkin akan mengalami masalah tidur di malam hari.
6. "Bersihkan" fikiran anda
Bersihkan segala macam fikiran yang ada di benak anda sebelum memutuskan untuk beranjak ke tempat tidur. Bagaimana caranya? Ambillah sehelai kertas dan tuliskan segala masalah dan persoalan yang tengah anda alami, seperti masalah berkaitan pekerjaan, konflik dengan seseorang, atau masalah kewangan. Jangan lupa pula untuk menuliskan sekurang-kurangnya tiga perkara yang boleh membuat anda merasa bersyukur.
7. Gunakan aroma terapi
Minyak aromaterapi, seperti chamomile, juniper, lavender, marjoram, mawar, dan kayu cendana, mempunyai kesan sedatif (menenangkan) ketika dihirup. Gosokkan sedikit aroma terapi pada bahagian dalam pergelangan tangan atau pada pelipis, lalu hiruplah aromanya hingga membuat anda terhanyut ke alam mimpi.
0 comments:
Post a Comment