Tak pernah sekali pun saya fikir yang kita takkan bertemu. Saya yakin kita pasti bertemu meskipun dunia kita berbeda kini.
Nak tahu sebab apa?
Sebab awak punyai agama yang sama saya miliki kini.
Uqasha, bila awak tercari-cari akan hidayah Allah swt disaat dulu awak diuji, itu mungkin sebenarnya ‘The right time’ yang mana kami seluruh rakyat Malaysia tahu, itu sepatutnya menjadi turning point untuk awak.
Awak berhijrah dengan mengenakan tudung. Meskipun sampai dinihari tak pernah sempurna, tapi awak kekal istiqomah.
Uqasha, baca ni.
‘Saya berikan pujian dan penghormatan pada awak khas dari saya sendiri sebagai seorang lelaki apatah lagi seorang yang berstatus ustaz.’
Uqasha, terima kasih untuk hidayah Allah swt yang telah sampai pada hati awak dan awak terima baik dengannya. 3 tahun lebih, dan awak masih istiqomah.
Saya puji ni, Uqasha. Saya puji kerana kita telah sama kini.
Kita telah letakkan penganggungan syariat Allah swt dalam diri kita semata untuk tunaikan perintah Allah swt.
Kita sama kini Uqasha. Tiada beza saya seorang ustaz dan awak seorang selebriti, selagi kita dua tahu yang mana patut kita agungkan dalam hidup kita.
Syariat Allah swt, that’s it. Itu yang patut kita agungkan sampai kita mati nanti Uqasha sebagai seorang Islam.
Namun saya faham.
Kehidupan awak jauh diufuk awanan nun tinggi dilangit sana. Awak hidup dilangit bersama bintang2 yang memagari hanya bulan. Makna kata kehidupan yang ‘Exclusive’. Kehidupan awak serba cantik diatas sana. Kehidupan saya pula hanya sahaja membumi ditanah gersang ini. Kadang2 mendongak juga keatas melihat kehidupan awak dan bintang2 yang lain.
‘Mungkin saya tidak punya apa-apa melainkan titipan sebuah doa untuk mereka-mereka yang diatas’ berkata saya saat mendongak itu.
Alhamdulillah, Allah makbulkannya Uqasha dan salah seorang lagi yang terpilih ialah awak.
Hari ni, awak sudi memandang ke bumi, tempat saya melihat awak.
Saya sedang berbicara dengan awak kini,
maka dengarkanlah dan fahamkan ini:
Kecaman manusia
Fitnah manusia
Cakap belakang manusia
Dengki & cemburu manusiaNi semua ujian Allah untuk kita, Uqasha.
Saya tahu awak perempuan, awak cepat rasa tak mampu menanganinya seorang diri walaupun Allah dah bagitahu yang dia uji takkan lebih dari kemampuan hamba Dia.
Saya hadir malam ini Uqasha, berikan awak satu harapan baru untuk ubah cara hidup awak sendiri. Bukan ubah siapa awak. Itu.
Cuma saya minta, awak tanamkanlah ‘Tekad’. Itu sahaja Uqasha ya.
Pertama, untuk istiqomah ialah suasana. Awak tak nak dilabel munafik, pura-pura, dah lah pakai tudung tapi kerja berlakon, mungkin ada scene peluk sana dan sini, pegang sana sini, awak tak nak dikecam. Awak risaukan hal itu. Ya, saya faham.
Jadi, malam ini saya minta awak ubah suasana awak berkawan. Jangan putus kawan dengan siapa2 kini, tapi buat tambahan baru. Saya syorkan, kenal dengan mereka ini, Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Felixia Yeap, Irma Hasmie, Safiey Ilias, sertai usrah bersama dengan mereka dan ustazah seperti ustazah Norhafizah Musa atau ustazah Isfadiah contohnya.
Bukakan pintu hati awak untuk pergi usrah, at least 1 jam dalam 23 jam yang telah awak gunakan untuk kerja.
Kedua, awak perlu tegas dan kuat dengan pilihan awak untuk menutup aurat. Sebab itu saya 2-3 kali juga tweet Mira Filzah, mengingatkan dia yang dunia hiburan dengan perwatakan muslimah yang dia nak bawa adalah satu benda yang sangat susah dalam dunia hiburan sebenarnya, semuanya disebabkan 4 faktor yang saya sebutkan kat atas tu.
Ketiga, awak bersabarlah. Setiap cemuhan, fitnah, kecaman yang tidak bersudah itu adalah tanda Allah nak lihat, sejauh mana awak berani atau sanggup letakkan harapan pada Allah. Itu sahaja sebenarnya. Allah nak lihat. Awak bergantung tak betul2 pada-Nya. Awak bulat tak hati untuk-Nya. Awak betul tak bersungguh nak tutup aurat demi-Nya.
Nah, lihat, saya dah bukakan pintu fikiran awak dari sisi yang baru.
Renungkan dengan cuba jawabnya sendiri.
Kuasa ditangan awak Uqasha, Celcom-X Pax. #eh
Bila awak dah ada ‘Suasana’, kemudian awak ‘Tegas’ dengan pilihan awak. Awak pasti akan akan mampu ‘Sabar’ dengan sendirinya.
Nak tahu kenapa?
Kerana Allah swt telah berfirman:
‘Sesungguhnya Dia bersama orang-orang yang bersabar.’
Surah Al Anfaal ayat 46. Dia bersama dengan Uqasha. Kalau Allah nak buka pintu rahmat Dia untuk Uqasha, tiada satu makhluk pun di alam semesta ini dapat menghalangnya. Ingat kata-kata saya ini.
Uqasha, selepas saya buat coretan ini, saya akan kembali sibuk memakmurkan manusia dibumi, saya tinggalkan nota ini untuk awak dan rakan-rakan yang dilangit.
Kita mungkin jarang atau takkan bertemu didunia ni sebab kita jauh antara satu sama lain, tapi saya tahu saya akan jumpa awak disyurga, mungkin rumah awak disebelah rumah isteri2 Nabi Muhammad saw sahaja.
Siapa tahu? Saya mungkin akan tersenyum bila melihat awak saat itu, kerana dakwah saya hanya dari beberapa baris perkataan dari applikasi alam maya. Membuatkan awak terpanggil untuk jadi lebih baik dan cubalah untuk cari kunci pintu hati adik awak juga, ajak dia, bersama dengan dia, tunjukkan sayang awak sebagai seorang kakak yang nakkan adik dia turut sama2 ke syurga-Nya.
Sampaikan salam dan doa saya untuk dia, Nelydia Senrose, dengan lafaz ‘Assalammu’alaikum’.
Malam ini, malam istimewa coretan khas saya untuk awak, ingat tarikh ni, Isnin, 29/8/2016, jam 10 malam.
Itu waktu untuk kita berdua imbas kembali disyurga nanti.
Ikhlas, Da’i Wan.
Tag : Dai 3 , Facebook , Pelakon , Pendakwah , Program Realiti , Tudung , Uqasha
0 comments:
Post a Comment