loading...

Friday, 2 September 2016

Mengejutkan!! Satu pasangan telah membuat imbasan bayi dalam kandungan, Tapi Apa Yang Terjadi?

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog Aeriazz. Baru-baru ini ada satu pasangan membuat imbasan bayi dalam kandungan. 


Dee, 35, berkata, mereka terkejut dan hampir tidak percaya melihat bayi dalam kandungan yang berusia 20 minggu menunjukkan isyarat tangan berkenaan dengan jelas.

“Jururawat yang membuat ujian ini juga terkejut dan memberitahu dia tidak pernah melihat keadaan seperti itu. “Kami berasa sangat tenang melihat isyarat keamanan ini ketika berlaku pelbagai kekacauan di sekeliling kita dan di seluruh dunia,” katanya. 

Menurutnya, dia dan Ed, 35, sebelum ini berasa sedih dengan situasi di seluruh dunia dan juga kematian rakan rapat mereka.

“Kami juga bimbang kerana akan melahirkan anak kami ketika banyak keadaan buruk berlaku ketika ini. “Tetapi selepas melihat isyarat ini kami berasa sangat gembira,” ujarnya. Tambahnya, rakan-rakannya percaya isyarat tangan yang ditunjukkan bayi itu adalah sesuatu yang positif dan simbol kegembiraan.
Isyarat tangan ‘V’ yang bermaksud kemenangan dan keamanan itu dipopularkan oleh bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churchill ketika Perang Dunia Kedua. 

Pasangan berkenaan yang tinggal di Godalming, Surrey dekat sini merancang menamakan anak mereka Winston jika bayi itu lelaki.

Dee mempunyai seorang anak perempuan, Grace berusia enam tahun hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu. Katanya, Grace menunjukkan isyarat tangan bagus ketika ujian ultrabunyi kandungan yang ketika itu berusia 12 minggu. – Agensi
Share on Facebook Share on Twitter Share on Google Plus

About Shiro Fans

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment

loading...