loading...

Saturday, 1 October 2016

Anak Jerut, Rakan Tikam Ibu




Kuching: seorang remaja lelaki dan rakannya ditahan polis kerana menjerut leher dan menikam ibunya di Kota Samarahan, tengah malam tadi.

Kedua-dua remaja berusia 15 tahun itu ditahan polis kira-kira 12.15 tengah malam tadi selepas datang ke Balai Polis Kota Samarahan untuk menyerah diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, remaja terbabit membelit leher ibunya yang berusia 43 tahun menggunakan tali pinggang manakala rakannya menikam perut wanita berkenaan menggunakan pisau, kira-kira 9 malam.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta untuk pulang ke rumahnya selepas mengambil suspek dan anak perempuannya berusia 9 tahun di pusat tuisyen di Desa Ilmu Kota Samarahan dan sempat memberhentikan kereta.

"Wanita terbabit dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan dilaporkan stabil. Remaja terbabit kini direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah," katanya

0 comments:

Post a Comment

loading...