Kematian sesungguhnya sangat hampir dengan kita. Bagaimanakah keadaan kematian kita nanti? Apakah persediaan kita menuju ke arah itu?
Ya Allah, andai tiba saat kami menemui-Mu, ampunkan dosa kami, Tempatkan kami dikalangan orang yang beriman dan Engkau kasihi..
Ya Allah, moga-moga mati kami juga nanti dalam Husnul Khotimah iaitu kesudahan yang baik.
Jom kenali beberapa tanda mati dalam Husnul Khotimah yang dikongsikan pakar Motivasi Dr.Tuah Iskandar al Haj
1. Mengucap 2 kalimah syahadah ketika meninggal dunia
Rasulullah saw bersabda : sesiapa yang akhir kalimahnya mengucapkan Lailaahailallah maka dia dimasukkan ke dalam syurga ( Hakim )
2. Meninggal ketika dahinya berkeringat
Rasulullah bersabda : Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat di dahinya ( Ahmad An-Nasai, at – Tarmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim,dan at- Thayalusi dari Abdullah bin Masud )
3. Mati pada malam Jumaat
Rasulullah saw bermaksud : Tidaklah seorang muslim itu wafat pada hari jumaat atau pada malam jumaat kecuali pastilah ALLAH menghindarinya dari seksa kubur ( Ahmad )
4. Mati syahid di medan perang
5. Mati dalam peperangan Fisabilillah
Rasulullah bersabda : Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? mereka menjawab : Wahai Rasulullah, yang kami anggap sebagai mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh.
Maka Rasulullah menjawab : Sesiapa yang terbunuh di jalan ALLAH, yang mati sedang berjuang di jalan ALLAH, dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut ( penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar dan sejenisnya ), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam ( Muslim, Ahmad dan al- Baihaqi )
6. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak
7. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak
Siapa yang mati kerana mempertahankan hartanya ( dalam riwayat lain : sesiapa yang menuntut hartanya yang dirampas lalu dia terbunuh ) adalah syahid ( Bukhari, Muslim, Abu Daud, an -Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad )
8. Mati dalam membela agama dan jiwa
Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya. dia mati syahid. siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid. sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya ), dia mati syahid dan siapa yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.
9. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh
Hanya beberapa tanda yang saya kongsikan disini, Moga-moga kita semua nanti mati dalam keadaan Husnul Khotimah.Penghujung yang baik.
0 comments:
Post a Comment