loading...

Tuesday, 4 October 2016

KISAH BENAR - DAHLAH TERLANJUR, MENGANDUNG PULAK, PAKWE SURUH GUGURKAN. APA YANG GADIS INI LAKUKAN BUAT RAMAI TERKEJUT !!!



Dahlah Terlanjur, Mengandung Pulak, Pakwe Suruh Gugurkan. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TERKEJUT !!! | Assalamualaikum admin. Saya disini sekadar ingin meluahkan apa yang terpendam sekian lama. Sekitar 3 tahun yang lalu, saya dan ex terlanjur. Bila saya cakap kat dia, saya pregnant. Dia minta saya gugurkan. Tp saya taknak. Sebab saya pikir cukupla sekali kami berdosa, takkan sampai sanggup nak membunuh pula bayi yang tidak berdosa ni. Saya cakap pada dia. Kalau taknak anak ni biar saya sorang yang jaga. Saya tak sanggup nak buang. Mybe bila kat dunia kita lepas bila kita da buang anak tu, tapi disana nanti mampu ke kita untuk menjawab? Sebab tu saya ambik keputusan untuk menjaga walau apa apa pun yg jadi. 


Setiap kali sy jmpa dia, msti ayat yg sama dia bg. Smpi sy menjauhkan diri dari dia disebabkan dia seringkali meminta sy menggugurkan. Berbulan sy senyap sampai la kandungan msuk 6 bulan. Baby bump masa tu da nmpk, sy dah tk brani duk rumah. Drpd family sy tau, lebih baik sy keluar dari rumah and stay tmpt lain. Tkmau family malu dgn perbuatan sy. Apa2 sy tggung sndri. Sehigga la sy berjumpa dgn sorg makcik ni. Dia ajak sy tggal dgn dia. Kebetulan dia tggal sorg. Dia yg jaga sy. Yg bg sy mkn mcm2 apa yg sy tringin nak mkn. Smpi la dia bertya kpd sy siapa bapa kpd anak dlm prut ni. Mna dia kenapa dia tk bertggungjwb. Smpi la mkcik tu sndri tlefon ex sy tu ajak jmpa. Ex sy stuju utk berjmpa. Then makcik tu mnta ex bertggungjwb dan ex stuju. Tp syarat nikah di thai. Sy pelik kenapa msti kat thai, puas sy selidik, rupanya ex da bertunang dgn org lain. Iaitu pilihan maknya sndri.. Bila sy dpt tau dia da bertunang dan bakal berkhwin masa due sy nt, sy undur diri.. Sy tknk tunangnya tu pulak yg terluka. Kita sama2 perempuan, lebih baik elakkan drpd buat cmtu kt dia walaupun masa tu diri sy sgt sgt kasihan.. Tp sy tetap perthnkan utk perempuan yg juga tunangnya tu. Dia tktau apa2 dan sy tknak dia jd mgsa keadaan juga.. Sdgkan majlis perkhwinan mereka tggal 3 bulan saja lg.. Mesti persiapan semua dah siap. Dan jmputan pun semua dah diedarkan.. Bnda ni akan membuatkan byk pihak malu..


Demi nak jaga airmuka org tua ex dan org tua tunangnya masa tu drpd dimalukan oleh org kpg, sy redhakan semua ni.. Sy korbankan diri sy. Biarlah mereka berkhwin dan bhagia.. Sy dlm pntang hari ke 22 mereka dah selamat diijabkabulkan.. Syukurlah.. Airmata lgsg tk menitis.. Malah masa tu sy rasa betul2 kuat. Anak ini sy akan jga dgn sebaik mgkin.. Itu niat sy. Dan alhamdulillah sy mampu dan dipermudahkan dgn bgitu baik sekali oleh Allah Swt..


Pernah sekali haritu sy jmpa akaun fb ex , sy trus add dan diaccept.. Sy ada pm bertanyakan khabar dan tnjuk gmbar anak kpd dia.. Tp rupanya itu bkn ex tp wife dia.. Segala mcm wife dia maki dan hina sy.. 😌 tp tkpala Sy maafkan dan lgsg tk berdendam apa2 dgn apa yg pernah terjd selama ni.. Skg anak pn dah besar. 3tahun dh berlalu pun.. Tp seringkali bertanyakan ayah dia.. Sy tk pernah bercrita yg buruk2 tntg ayahnya kpd anak.. Tknak anak berdendam dgn ayahnya. Malah sy sentiasa meminta anak mendoakan akan kesejahteraan ayahnya walau dimana saja ayahnya berada.. Tu je.


😌 Kpda warga krt jgn pndg serong dan hina pda wnita yg bernasib seperti sy ni.. Sdgkan ada perkara yg kita sendiri tktau apa yg mmbuatkan seseorg tu melahirkan anak tnpa seorg suami. Tlg dan tlglah jgn menghina kami.. Kata2 penghinaan dari org sekeliling tu lah yg membuatkan kami yg bernasib sebegini down dan bertindak diluar kawalan.. Sekali lg sy mohon baik lelaki mahupun perempuan jgn memandang serong kpada kami .. Assalamualaikum.


Kredit:-KRT

0 comments:

Post a Comment

loading...