loading...

Thursday, 6 October 2016

Kisah Benar: Suami Kongsi Cerita Isteri Ikat Nafsu Guna Sihir



Kisah Benar: Suami Kongsi Cerita Isteri Ikat Nafsu Guna Sihir|Takut kehilangan suami, terutama akibat godaan gadis menawan, ramai wanita di negara ini, termasuk artis, mengamalkan pelbagai pendekatan khurafat bagi menundukkan suami supaya rumah tangga sentiasa harmoni tanpa kehadiran orang ketiga.
Antaranya ialah penggunaan nasi kangkang, batang keladi, darah haid hari pertama si isteri datang bulan, air kencing isteri di waktu pagi selepas bangun tidur, tali pusat bayi cukup sifat yang meninggal dunia, air mani selepas bersama pasangan, titisan peluh di celah kangkang si isteri serta seluar dalam kotor.
Berikutan terdesak, tindakan syirik itu tetap dipraktikkan kerana diyakini kononnya mampu dijadikan benteng untuk menjinakkan suami daripada ‘makan luar’.
Pendekatan jijik itu terbongkar apabila beberapa wanita yang ditemui, termasuk seorang pelakon tempatan, mengaku menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional bagi mendapatkan ilmu sihir berkenaan, manakala dua lelaki pula mendakwa menjadi mangsa onar isteri mereka.

PELAKON A, 50-an:
“JUJUR saya katakan, artis juga tidak terlepas daripada isu ini. Malah, beberapa rakan saya pernah mendapatkan khidmat bomoh kerana kurang percaya terhadap suami.
Kebanyakan mereka bertujuan menjaga rumah tangga dan bukan untuk memperbodohkan suami. Lagipun, kerja dalam bidang seni ini menuntut komitmen berpanjangan. Mungkin disebabkan perkara itu mereka tergerak untuk mendapatkan khidmat bomoh supaya suami tidak berpaling kasih.
Terus terang, saya pernah guna khidmat pengamal perubatan tradisional untuk tujuan sama. Sebagai pelakon, masa untuk bersama suami dan keluarga tidak pernah tetap. Malah, saya sering ada di luar kawasan untuk memenuhi jadual penggambaran sehingga berhari-hari tidak berjumpa keluarga. Kerana takut suami menjalin hubungan dengan wanita lain dan lebih teruk, meninggalkan keluarga, saya terpaksa mendapatkan khidmat bomoh bagi mengikat nafsu suami daripada berlaku curang dan tidak memandang wanita lain.
Bagaimanapun, saya tidak guna kaedah nasi kangkang, darah haid dan pelbagai perkara lagi untuk membuatkan suami mengikut kata seperti diamalkan rakan. Hakikatnya, saya tidak tergamak memperbodohkan suami hingga ke tahap itu. Saya hanya guna kaedah batang keladi yang bertujuan mengikat nafsu suami daripada mencari wanita lain. Itu sudah cukup bagi saya. Asalkan suami tidak ambil kesempatan terhadap kesibukan saya sebagai anak seni, ia sudah memadai. Tetapi untuk memperbodohkan suami, ia bukan cara saya.
Namun itu cerita dulu. Kini saya tidak lagi guna kaedah itu kerana ia berdosa. Walaupun tidak guna cara kotor seperti nasi kangkang dan darah haid, saya tetap rasa bersalah. Kini saya bertaubat dan membuang segala ilmu sihir itu. Alhamdulillah, hubungan saya dengan suami dan keluarga masih utuh sehingga kini.”

ZURINA, 27:
“DIPUKUL dan dicampak dari tangga ke lantai menjadi perkara biasa kepada saya. Lebih-lebih lagi saya diperlakukan sebegitu selepas tiga minggu kami sah bergelar suami isteri. Sebelum berkahwin, perangai suami tidak seperti ini. Saya takut perkara ini berterusan. Mungkin sesuatu yang lebih teruk akan menimpa saya jika tidak buat sesuatu. Rasanya kaedah batang keladi cara tepat untuk menjinakkan perangainya supaya kembali menyayangi saya.

Sebenarnya, saya mengambil keputusan menggunakan khidmat perubatan tradisional kerana tidak mahu mahligai yang baru dibina berkecai. Tambahan pula saya berasa perubahan terhadap suami ada kaitan dengan kehadiran orang ketiga. Sewaktu bercinta, dia tidak seperti ini tetapi selepas bergelar suami isteri, macam- macam pula berlaku. Mungkin dia jemu dengan saya, lebih-lebih lagi kami bercinta sejak lima tahun lalu.
Mungkin juga ada wanita lain di hatinya menyebabkan perangainya berubah. Tambahan pula, pekerjaannya yang sering keluar kawasan memberi kesempatan untuknya mencari wanita lain. Saya tidak berniat jahat. Saya masih menyayangi dan menghormatinya sebagai suami. Saya cuma mahukan keharmonian rumah tangga seperti mana keluarga lain. Saya sedar perbuatan ini salah. Mungkin juga ia syirik sebab percayakan sesuatu perkara tahyul. Namun jika tidak mencuba, apa akan jadi kepada saya?
Saya pernah terfikir untuk bercerai dengannya. Begitupun, memandangkan usia perkahwinan kami, saya terpaksa memilih cara ini untuk bertahan. Rasanya penggunaan batang keladi serta jampi tujuh Jumaat berturut-turut akan melembutkan hatinya. Saya berharap perangai liar dan panas barannya akan berubah. Jika tidak buat seperti ini, saya akan menderita apabila terus diperlakukan seperti binatang.
Saya fikir ia akan membawa kebaikan. Lagipun, jika suami kembali baik seperti dulu, saya tidak boleh mengambil kesempatan ke atasnya dengan berlaku curang. Jika saya berbuat demikian, semuanya akan menjadi seperti sedia kala dan akhirnya saya akan merasai nikmatnya apabila suami berubah jadi seperti dulu.”

KAMARUDDIN, 29:
“TAKTIK isteri menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan saya terbongkar apabila helahnya dihidu selepas beberapa bulan dia memperbodohkan saya menggunakan kaedah yang dilarang agama. Saya mendirikan rumah tangga empat tahun lalu dengan seorang jururawat yang bertugas di hospital swasta di ibu negara.
Berikutan tuntutan tugas, kami tinggal berjauhan dan hanya bertemu apabila cuti. Rumah tangga kami tiada masalah tetapi selepas ditukarkan ke Terengganu, saya tiada banyak masa untuk diluangkan bersama isteri. Secara diam-diam, isteri yang cemburu dan bimbang saya berlaku curang menggunakan sejenis minyak untuk ‘mengikat’ saya. Saya tidak sangka terkena minyak ‘pengikat’ digunakan isteri kerana kami tiada masalah rumah tangga.
Namun, pertemuan dengan seorang pengamal perubatan tradisional yang berlaku secara kebetulan merungkai tindakan isteri saya. Selepas bertemu pengamal perubatan itu, baru saya tahu terkena ilmu penunduk isteri. Bimbang perkara itu berlarutan, saya mendapatkan khidmat pengamal perubatan terbabit untuk mengubati diri.
Patutlah saya sering mendapat mimpi menakutkan seperti bertemu hantu sepanjang tempoh terkena guna-guna isteri. Saya juga terasa seperti dikawal ‘pihak’ tertentu. Fikiran saya juga hanya tertumpu kepada isteri, hinggakan saya kerap telefon atau SMS dia. Saya juga ‘hilang minat’ dengan wanita lain biar secantik mana sekalipun.
Selepas bebas daripada ilmu penunduk itu, saya bersemuka dengan isteri. Sebaik saya tanya perkara itu, isteri tersentak dan menundukkan kepala kerana tidak menyangka perbuatannya terbongkar. Kami kemudian berbincang dan isteri mengaku kesilapannya menggunakan minyak itu dengan alasan takut ketika berada di negeri ini saya ada wanita simpanan atau akan berkahwin lain.
Kejujuran isteri mengaku kesilapan membuatkan saya rasa boleh menerima dan memaafkannya walaupun pada mulanya menyangka rumah tangga bakal musnah. Isteri saya kemudian menemui pengamal perubatan untuk membuang minyak ‘pengikat’ yang dibeli ketika menyertai satu rombongan beli-belah di utara tanah air.”

DARUS, 49:
“SAYA dapat tahu bekas isteri membomohkan saya selepas berasa jauh dengan ibu. Sebelum ini saya rapat dengan ibu dan turuti apa saja keputusannya. Saya tidak menyangka bekas isteri yang berusia 45 tahun bertindak demikian semata-mata cemburu melihat hubungan saya dengan ibu kandung begitu akrab. Peristiwa ini terjadi 10 tahun lalu selepas bekas isteri berhenti kerja kilang kerana mahu menumpukan perhatian terhadap keluarga dan ingin membesarkan anak.

Hubungan saya dengan ibu memang akrab kerana saya anak sulung dan menjadi tanggungjawab saya menjaga kebajikan ibu. Pada masa sama, saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga sendiri. Hasil perkahwinan 24 tahun, kami dikurniakan tiga cahaya mata berusia 15 hingga 22 tahun. Sejak bekas isteri berhenti kerja, dia mula menunjukkan taringnya selepas melihat hubungan saya dengan ibu begitu baik.
Dia marah kerana saya menuruti segala kehendak ibu, termasuk memberi wang belanja. Beberapa tahun selepas itu perubahannya begitu ketara kerana saya selalu dengar cakap ibu. Apa-apa keputusan saya merujuk kepada ibu sehingga membuatkan dia bertambah marah dan cemburu. Bekas isteri marah sebab saya selalu menyebelahi keluarga sendiri dan tidak mempedulikan keluarga mentua. Dia marah dengan tindakan saya sehingga tergamak bomohkan saya supaya dengar cakapnya.
Dia mungkin memasukkan sesuatu dalam masakannya supaya saya melupakan ibu kandung. Sejak itu saya sentiasa mengikut telunjuk bekas isteri, termasuk membeli apa saja yang dia inginkan. Keluarga dan kawan pelik melihat sikap saya yang berubah, termasuk tidak pernah pulang ke kampung ibu. Mereka perasan saya berkeadaan pelik tidak seperti biasa. Saya selalu membangkang cakap mak dan keluarga. Satu ketika apabila tersedar daripada tidur, saya terus teringatkan ibu kandung yang sudah lama terputus hubungan gara-gara perbuatan bekas isteri.
Saya marah kerana isteri sanggup bomohkan saya dan kami bergaduh besar sampai saya memukul isteri kerana geram. Saya mengambil keputusan menceraikannya kerana kecewa dengan perbuatannya. Akhirnya dia mengaku buat ubat ‘guna-guna’ dan memberi saya makan.” – tunhisyamuddin

0 comments:

Post a Comment

loading...