loading...

Tuesday, 4 October 2016

Padah cabul dan cubaan rogol pelajar tingkatan tiga



Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan kerana disyaki terlibat mencabul seorang pelajar perempuan tingkatan tiga yang baru dikenalinya dalam applikasi WhatsApp, di Gelang Patah, dekat Iskandar Puteri, kelmarin.



Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Supt Noor Hashim Mohamad berkata dalam tangkapan pada pukul 3.15 petang itu, sebuah telefon bimbit milik suspek turut dirampas bagi membantu siasatan.



Menurut beliau, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu bersama seorang rakannya yang kini sedang diburu.



Katanya, kejadian itu terbongkar apabila bapa pelajar itu membuat laporan polis di sini pada petang Ahad selepas menyedari mangsa telah hilang dari rumah sejak malam Sabtu.



Dalam laporan itu, bapa mangsa turut memberitahu dia ada menerima maklumat mengenai anaknya yang sedang dikurung di sebuah rumah, kata Noor Hashim dalam satu kenyataan semalam.



Maklumat itu diperoleh daripada rakan anaknya dan dilaporkan mangsa turut ada menghantar lokasi rumah tersebut menerusi aplikasi WhatsApp.



“Dalam usaha polis mengesan lokasi dan tempat mangsa dikurung, polis telah dimaklumkan bahawa mangsa telah berjaya diselamatkan oleh kakaknya di tepi jalan di Taman Nusantara,” kata Noor Hashim.



Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang berusia 15 tahun itu telah keluar dari rumah keluarganya di Kampung Ulu Pulai, di sini, tanpa disedari anggota keluarganya.


Katanya, mangsa berbuat demikian untuk mengikut dua kenalan lelaki yang baru dikenalinya selama dua hari dalam aplikasi WhatsApp.


“Ketika bertemu dengan mereka (suspek), mangsa telah dibawa makan di sebuah restoran di Bukit Indah.



“Setelah selesai makan, mangsa turut dibawa ke rumah suspek di Taman Nusantara, Gelang Patah dan di situlah, kedua-dua suspek meraba dan mencium mangsa secara bergilir-gilir,” kata Noor Hashim.



Menurut beliau, mangsa juga cuba melawan namun telah ditampar suspek.



Mereka juga didakwa cuba melakukan seks dengan mangsa namun tidak berbuat demikian apabila mendapati mangsa dalam keadaan datang bulan (haid).



“Apabila kedua-dua suspek berada di ruang tamu rumah, mangsa mengambil kesempatan menghubungi rakannya untuk meminta bantuan dengan menghantar lokasi rumah terbabit.



“Mangsa juga telah merayu kepada suspek agar menghantarnya pulang, sebelum ditinggalkan di tepi jalan dan diselamatkan oleh kakaknya,” katanya.



Noor Hashim berkata kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan beliau menasihatkan ibu bapa agar memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak di media sosial. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

loading...