loading...

Sunday, 2 October 2016

Ruhainies Tak Hormat Pelakon Otai Di Set Penggambaran?




NAMPAKNYA ada sahaja kontroversi yang melanda pelakon cantik, Ruhainies.

Lepas satu-satu namanya dikaitkan dengan kisah panas, yang terbaharu, dia dikatakan tidak hormat kepada seorang pelakon senior yang turut sama terlibat dalam set penggambaran, baru-baru ini.

Memetik artikel sebuah akhbar harian, Ruhainies dikatakan enggan memberi kerjasama selain gemar membuat hal sendiri ketika di set lokasi.

Artikel itu menulis, “Dengar-dengarnya, Ruhainies enggan berbincang dengan pelakon senior berkenaan babak-babak yang bakal dilakukan di depan kamera, sebaliknya gemar membuat hal sendiri pada waktu itu.”


“Disebabkan itu, pelakon berkenaan berkecil hati dan enggan lagi bersembang dengan Ruhainies. Bertentang mata pun hanya sekiranya ada babak bersama. Jika tidak, memang kirim salam sajalah ceritanya,” cerita ruangan tersebut.

Hmm, mungkinkah ada salah faham di antara mereka, apa-apa pun kita tunggu sahaja reaksi balas Ruhainies mengenai isu ini.

Jangan mudah meletak hukum tanpa mendengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak, itulah yang sebaiknya. – MYNEWSHUB.CC
Selebriti

0 comments:

Post a Comment

loading...