PESERTA Akademi Fantasia 2016 (AF2016), Zarol memberitahu sering berhubung dengan bekas isteri pelawak Along, iaitu Zila Seeron menerusi aplikasi WeChat sebelum menyertai program realiti tersebut.
Walau bagaimanapun, menurut Zarol, 24, perbualan dan hubungan mereka hanya berkaitan dengan aplikasi Smule semata-mata dan tidak lebih daripada itu.
“Memang saya sering berhubung dengan Zila menggunakan WeChat tetapi dia yang cari saya dulu di aplikasi tersebut. Kami hanya berbincang tentang nyanyian di Smule sahaja, tidak lebih dari itu.
“Biasanya sebelum menyanyi di Smule, kami akan berbincang lagu apa yang akan dinyanyikan dan membahagi rangkap masing-masing,” katanya kepada mStar Online.
Tambahnya, dia mengetahui tentang isu rumah tangga pasangan tersebut sebelum dia memasuki AF2016 pada Ogos lalu dan ramai yang menuduhnya sebagai orang ketiga.
“Sebelum masuk AF2016 lagi saya dah tahu masalah ini akan terjadi kerana ramai yang menuduh saya menerusi laman sosial sebagai punca hubungan mereka retak.
“Mungkin mereka keliru antara saya dan seorang lagi penyanyi Smule yang bernama Khairul,” jelasnya lagi.
0 comments:
Post a Comment