loading...

Saturday, 8 October 2016

'KAMI TIDAK TIDUR LENA TUNGGU HARI PERKAHWINAN'



Meniti hari untuk ke jinjang pelamin membuatkan Amar Baharin dan Amyra Rosli tidak tidur lena memikirkan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung pada 11 November ini selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan bersama. Mengimpikan sebuah majlis sederhana, pasangan ini tidak mahu terlalu membazir untuk majlis yang sempurna di mata orang.



“Selagi belum sampai waktu dan sempurna akad, saya tak lapang dada. Namun alhamdulillah buat masa sekarang sudah 90 peratus persiapan sudah selesai bagi kedua-dua belah pihak. Setiap hari yang dilalui ada ketika membuatkan saya tidak tidur lena,” katanya kepada Harian Metro mengenai persiapan perkahwinan mereka yang berlangsung tidak lama lagi.


Bagaimanapun, selebriti kesayangan ramai ini dikatakan mendapat tajaan penuh daripada kelab peminat mereka di Singapura yang berhasrat untuk menaja sepenuhnya majlis perkahwinan mereka yang turut akan diadakan di negara itu. Namun untuk tajaan luar, mereka bertegas untuk tidak menerimanya kerana tidak mahu terikat dengan citarasa pihak penajaan.

Pasangan sama cantik sama padan ini bakal diijab kabulkan di Premiera Hotel, Kuala Lumpur pada 11 November ini diikuti pula dengan majlis persandingan yang akan dilakukan pada sebelah perempuan di keesokan harinya. Manakala majlis resepsi perkahwinan bagi pihak lelaki pula akan berlangsung di Bright Star Banquet Hall, Ampang pada 19 November depan. (Sumber ROTIKAYA)

0 comments:

Post a Comment

loading...