loading...

Wednesday, 5 October 2016

(Video) Ibu Nekad Botakkan Kepala Anaknya Sebagai Pengajaran Kerana Buli Pesakit Kanser



Gara-gara berang dengan tindakan anaknya yang membuli seorang pesakit kanser yang botak, seorang ibu telah menghukum anaknya dengan membotakkan rambut anakknya itu, lapor DailyMail.


Video gadis berkenaan sedang menangis sambil dipotong rambut dengan mesin oleh ibunya telah menjadi viral di laman sosial.

Kejadian yang berlaku di Portugal berkenaan menunjukkan seorang wanita berambut perang dengan tenang memotong rambut anaknya sambil bercakap sesuatu.

Rakaman ini menjadi viral dengan tajuk "Mother shaves daughters hair after she 'bullies cancer girl" di mana dia dipercayai telah membuli seorang pelajar perempuan penghidap kanser di sekolahnya.

Kerana tindakan ibu berkenaan, ada pengguna sosial yang menyokong kerana ia sebagai pengajaran untuk menghormati orang lain, namun ada juga yang mengatakan ia adalah tindakan keterlaluan dan tidak wajar.

"Ia sebenarnya bermula dari rumah, ibu bapa harus menghentikan penghinaan dengan memuatnaik video denda anak mereka di internet," kata netizen yang tidak setuju.




0 comments:

Post a Comment

loading...