loading...

Monday, 10 October 2016

Pelancong Dikecam Bergambar Dengan Terumbu Karang



TINDAKAN sekumpulan pelancong dari China yang bergambar dengan terumbu karang mendapat kritikan netizen kerana dianggap merosakkan ekosistem marin yang unik itu.



Menerusi perkongsian daripada pengguna Facebook Chris Ong, dia meluahkan kekecewaannya apabila melihat reaksi pelancong berkenaan yang dilihat begitu ‘gembira’ tanpa menyedari perbuatan mereka telah menjejaskan ekosistem laut.



Walau bagaimanapun, lokasi pantai yang dilawati pelancong itu tidak dinyatakan dalam posting tersebut.



“Apa yang mereka fikirkan pada masa ini? Apa yang dimaksudkan dengan ‘anda seharusnya berada di sini?’ Memalukan! 😡😡😡😡😡😡, “ katanya.




Pelancong Dikecam Bergambar Dengan Terumbu Karang



Pelancong berkenaan yang berpakaian renang dilihat bergambar sambil memegang beberapa jenis spesis terumbu karang yang dikhutiri semakin pupus seperti kima gergasi, kuda dan naga laut.




Pelancong Dikecam Bergambar Dengan Terumbu Karang


Pelancong Dikecam Bergambar Dengan Terumbu Karang


Pelancong Dikecam Bergambar Dengan Terumbu Karang


Pelancong Dikecam Bergambar Dengan Terumbu Karang


Pelancong Dikecam Bergambar Dengan Terumbu Karang


Rata-rata netizen yang tidak berpuas hati dengan sikap para pelancong itu melontarkan pebagai kecaman sehingga ada yang turut menyalahkan agensi pelancongan yang membawa mereka.



“Ini menunjukkan anda tidak mempunyai otak atau mereka sememangnya tidak mengetahui perihal kehidupan laut, terumbu karang memerlukan sekurang-kurangnya 15 hari untuk membesar sebanyak 2 ke 3mm,” tulis Ridzuan Saidi



“Amat sedih melihatkan kumpulan manusia ini sewenang-weangnya merosakkan ekosistem terumbu karang negara kita, tolonglah beri mereka ‘pengajaran’ untuk menghormati hidupan laut,” kata Laila bok.



“Siapa mereka ini? Agensi pelancongan mana yang menaja percutian mereka di sini?” Soal Hairulnizam.



Bagaimanapun, tampil seorang individu dikenali sebagai Halim Manap mendakwa tindakan tidak bermoral itu disebabkan sikap pelancong, dan tiada kaitan dengan agensi pelancongan.



Pelancong Dikecam Bergambar Dengan Terumbu Karang


“Ia tiada kaitan dengan agensi dan termasuklah banner biru yang dipegang oleh mereka. Saya seorang ahli skuba untuk agensi pelancongan mereka. Masalahnya di sini ialah disebabkan sikap mereka.



“Mereka merupakan pelancong dari China yang tidak mempunyai pengetahuan tentang ekosistem kehidupan laut terutamanya terumbu karang. Perkara ini adalah masalah pelancong bukannya kami (syarikat),” katanya.



Halim yang juga bekerja di syarikat pelancongan itu turut dipersoalkan mengenai tanggungjawabnya sebagai pemantau aktiviti snorkeling.



“Di mana awak mendapat sijil snorkeling? Mengapa mereka membenarkan sikap penyelam skuba sebegini yang diamanahkan untuk memantau aktiviti pelancong tetapi seakan cuba ‘lari’ apabila disoal?



“Saya pernah mendengar nama syarikat awak dan apa yang boleh disimpulkan selepas mendengar penjelasan awak, ia menggambarkan seolah-oleh awak tidak profesional,” tanya Adam Reid. – MYNEWSHUB.CC

0 comments:

Post a Comment

loading...