Kuala Lumpur – Ikon fesyen iaitu Wak Doyok dikhabarkan sudah putus cinta dengan indvidu yang dikaitkan dengannya selama ini iaitu bekas personaltii TV3, Azrinaz Mazhar Hakim.
Wak Doyok atau Mohd Azwan Md Nor, 35, meluahkan perasaan sedih dalam Twitter miliknya dan ramai pengikut dia memberi respons agar dia tabah dengan ujian hidup itu.
“Semua sudah suratan takdir. Terima sahajalah dengan hati yang terbuka. Sampai di sini saja jodoh kita. #hidupmestiditeruskan,” luahnya dalam status Twitternya pada Isnin.
Dalam pada itu Wak Doyok yang dihubungi mStar Online enggan memberi komen status berkenaan selain berkata dia tidak mahu memikirkan soal tersebut buat masa ini kerana berada di Jakarta, Indonesia atas urusan kerja.
“Saya tiada komen, saya sedang sibuk dengan kerja dan tidak mahu fikir tentang hal itu,” katanya.
Pada Julai lalu, Wak Doyok dikhabarkan mengikat tali pertunangan dengan Azrinaz dalam sebuah majlis tertutup di ibu negara.
Bagaimanapun pasangan itu enggan mengesahkan atau menafikan berita berkenaan.
Dalam pada itu, Wak Doyok berkata, dia tidak kisah sekiranya masyarakat membuat kesimpulan sendiri berhubung perkara itu walaupun tidak mendedahkan secara spesifik status Twitter berkenaan.
mStar Online juga mendapati, gambar-gambarnya bersama Azrinaz di Instagram sudah dipadamkan.
Katanya, apa paling penting kini dia meneruskan hidupnya dan perlu lebih bekerja keras.
“Biarlah apa orang hendak kata. Saya okey sahaja dan hidup kena diteruskan,” ujarnya.
Sementara itu, Wak Doyok berkata, dia berada di Indonesia bagi mempromosikan produk keluarannya iaitu Legasi Wak Doyok yang sudah memasuki pasaran negara itu. – mStar
0 comments:
Post a Comment