loading...

Tuesday, 30 August 2016

Kau Tu Anak Zina,Anak Haram Mana Boleh Jadi Imam

Kau Tu Anak Zina,Anak Haram Mana Boleh Jadi Imam|Itulah tengkingan yang diterima oleh salah seorang ayah sahabat penulis  di salah sebuah masjid kampung yang di rahasiakan baru baru ini.katanya dalam kejadian itu bapanya akur meskipun orang lain tidak sependapat dengan individu yang menegur ayahnya tersebut.
Untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku dalam masyarakat islam berikut penjelasan hukum menjadi imam pada anak zina yang di kutip dari utusan online.
Bolehkah seorang anak hasil penzinaan menjadi imam solat?
Anak zina tidak berdosa, sebaliknya dosa itu ditanggung oleh pasangan yang melakukan perbuatan terkutuk itu. Hukum mengenai anak hasil zina menjadi imam, para ulama berbeza pendapat dalam isu ini. Ada yang berpendapat bahawa hukumnya adalah harus.
Ini kerana beberapa riwayat hadis tidak menyebut bahawa anak hasil zina tidak boleh menjadi imam solat. Contohnya riwayat hadis menyebut tentang insan yang paling baik bacaan. Juga riwayat hadis menyuruh agar bersolat di belakang setiap insan yang mengucap kalimah tauhid.
Manakala dalam riwayat hadis lain, disebutkan ciri-ciri secara khusus. Turutannya adalah orang yang paling baik bacaan al-Quran atau banyak hafazan al-Quran, orang yang paling faham tentang sunnah Nabi SAW, orang yang paling awal berhijrah dan orang yang lebih tua. Dalam riwayat hadis ini tidak disebut bahawa anak hasil zina tidak boleh menjadi imam solat.
Namun ada yang berpendapat hukumnya makruh. Ini kerana anak hasil zina biasanya tidak dididik dengan baik. Ini kerana anak sebegini tidak mempunyai keluarga dan bapa.
Secara mudah, umat Islam biasanya agak teliti dalam pelantikan seseorang imam. Ini kerana imam mempunyai kedudukan yang mulia dalam masyarakat Islam. Imam bertindak sebagai imam solat, khatib solat Jumaat, memberi nasihat, mengajar al-Quran dan ilmu agama, tempat rujukan masyarakat Islam setempat dalam isu agama dan sebagainya.
Maka dengan tugasan sebegini, agak sukar bagi anak hasil zina memimpin masyarakat. Namun sekadar imam biasa yang bukan lantikan rasmi, kemungkinan tiada isu besar. Maka tidak mengapa untuk diminta seseorang anak hasil zina menjadi imam solat. Menyentuh mengenai pelantikan rasmi, maka sewajarnya hendaklah dielakkan anak hasil zina menjadi imam solat.

0 comments:

Post a Comment

loading...