Tapi, perlu ke semua kebahagiaan yang diberikan kepada isteri ditunjukkan kepada umum semata-mata untuk membukti kasih-sayang tersebut?
Baru-baru ini, Suhaimi Saad, 35, suami kepada Ina Naim (bekas tunang Mawi) telah memuat naik satu status di akaun Facebook miliknya menunjukkan dia menemani isterinya membeli seluar dalam.
Lebih mengejutkan, apabila Suhami atau lebih dikenali sebagai SS telah melampirkan sekali gambar seluar dalam yang dijual bersama gambar mereka suami isteri.
Ya, tidak dapat dinafikan ada kemungkinan SS hanya mahu memberikan nasihat kepada para suami yang ‘malu’ untuk membelikan pakaian dalam buat isteri mereka, tetapi bukankah perkara ini secara tidak langsung memalukan isterinya?
Umm, tak boleh nak cakap apa, sebab mungkin bagi SS dan Ina ini merupakan perkara normal dan bukan memalukan mereka.
Sebenarnya ramai yang terkejut bila membaca posting ini kerana SS sebelum ini dikenali dengan sikap alimnya dan mahu keluarganya menjalani kehidupan yang sederhana sehinggakan di rumahnya tiada peti ais dan mesin basuh.
Rata-rata dilihat meninggalkan komen meluahkan rasa terkejut dengan posting yang extra ‘sederhana’ ini…
Sumber MYNEWSHUB.CC
Tag : Facebook , Ina Naim , Kontroversi , Spender , Suami Isteri , Suhaimi Saad
0 comments:
Post a Comment