Boleh tak panel jelaskan perihal sedikit apabila bersin di dlm solat (contoh: imam sedang membaca fatihah, adakah perlu diulang fatihah dan teruskan atau macam mana)..
jawapan:
wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini.
Jika berlakunya bersin ketika solat ;
a. Anda dibenarkan mengucapkan “Alhamdulillah”, sebagaimana peristiwa Muawiyah ibn al-Hakam ra. apabila bersolat dengan Nabi seorang lelaki bersin dan berkata :”Alhamdulillah” dan Muawiyah ra. menjawab “Yarhamuk Allah” ( يرحمك الله).[Hadith Riwayat Muslim #537, Abu Daud #930].
b. Jika seseorang itu membaca surah dan bersin; contoh al-Fatihah, jika dia masih belum menghabiskan ayat tersebut, dia cuma perlu mengulangi ayat tersebut sahaja. Tidak perlu mengulangi keseluruhan surah al-Fatihah.
c. Andaikata bersin atau batuk atau tangisannya (si Imam) itu tidak dapat dikawal semasa membaca surah al-Fatihah, maka menurut Abu Walid al-Baaji, Imam hendaklah berundur ke belakang, dan makmum dibekangnya pula menjadi Imam. [al-muntaqa Sharh al-Muwatta’, 1/290, Lihat juga al-Mughni, 1/944]. Ini disebabkan bacaan al-Fatihah merupakan salah satu dari rukun solat.
d. Didalam kes (c), jika Imam tersebut sedang membaca surah selain dari al-Fatihah, dia boleh menghentikan bacaan dan terus ruku’. Ini adalah kerana membaca surah selepas al-Fatihah hukumnya sunat. Diriwayatkan dari Abdullah ibn al-Saa’ib ra. berkata :-
صَلَّى لَنَا النَّبِيُّ صَلَّى الّلهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ الصُّبحَ بِمَكَّةَ ، فَاستَفتَحَ سُورَةَ المُؤمِنِينَ ، حَتَّى جَاءَ ذِكرُ مُوسَى وَهَارُونَ ، أَخَذَتِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ سَعلَةٌ فَرَكَعَ
“Rasulullah mengetuai kami dalam solat Subuh di Makkah, dan dia membaca surah al-Mu’minun, sehingga sampai kepada ayat yang menyebut Musa dan Haron,
Rasulullah batuk, maka dia pun ruku'”[Hadith Riwayat Muslim #455]
Imam al-Nawawi didalam mensyarahkan hadith ini mengatakan : “Hadith ini menunjukkan bahawa adalah dibenarkan memberhentikan bacaan dan tidaklah makruh melakukan demikian, jika seseorang berhenti dengan sebab”. [Sharh Muslim, 4/177].
0 comments:
Post a Comment