loading...

Monday, 29 August 2016

Panduan Solat : Cara Menunaikan Solat Tahajjud Yang Lengkap Dengan Bacaannya.

Solat Tahajud merupakan solat yang dilaksanakan saat malam hari setelah tidur, meskipun hanya tidur dalam waktu yang sebentar. Sesuai dengan makna dari kata “Tahajjud” yang berarti “bagun dari tidur”. Jadi syarat utama melakukan solat tahajud ialah setalah tidur terlebih dulu, meskipun hanya tidur sebentar.

Hukum dari solat tahajud ini sendiri merupakan sunat mu’akkad, yang berarti sangat dianjurkan. Kerana menurut hadist Nabi SAW, solat yang paling utama dikerjakan setelah solat fardhu ialah solat tahajud.


Dan untuk jumlah rakaat dari solat tahajud ialah 2 rakaat itu untuk jumlah minima, dan lebih baik jika dikerjakan dalam jumlah yang banyak. Kerana Rasulullah SAW sendiri pernah melakukan solat tahajud sebanyak 10 rakaat yang ditambah dengan

1 rakaat solat witir, jadi melakukan solat tahajud akan lebih baik jika ditambah dengan solat witir sebagai penutup. Solat tahajud ini hendaknya dikerjakan sebanyak 2 rakaat kemudian salam, dan jika anda ingin menambah lagi jumlah rakaatya. Anda boleh melakukannya hingga jumlah rakaat yang anda inginkan dengan 2 rakaat dan 1 kali salam.

Ada pun cara pelaksanaan dari solat tahajud ini sama seperti dengan cara solat fardhu baik untuk bacaan ataupun gerakannya, yang berbeza hanya pada bacaan niatnya saja.
Niat Solat Tahajud adalah

Bacaan Niat Solat Tahajud

“USHALLIISUNNATATTAHAJJUDI RAK’ATAINI LILLAAHI TA’AALAA”
Artinya: (di dalam hati pada saat takbjratul ihram).
“Aku (niat). solat sunat tahajud 2 rakaat, kerana Allah Ta’ala”

Dan setelah selesai melakukan solat tahajud sebaiknya dilanjutkan dengan solat witir. Dan sesudah selesai melakukan solat witir, baiknya dilanjutkan lagi dengan membaca doa.




ALLAAHUMMA LAKAL HAMDU ANTA QAYYIMUS SAMAA WAATI WAL ARDHI WA MAN FIIHINNA. WA LAKAL HAMDU ANTA MALIKUS SAMAA WAATI WAL ARDHI

WA MAN FIIHINNA. WA LAKAL HAMDU ANTA NUURUS SAMAAWAATI WAL ARDHI WA MAN FIIHINNA. WA LAKAL HAMDU ANTAL HAQQU, WA WA’DUKAL HAQQU, WA LIQAA’UKA HAQQUN, WA QAULUKA HAQQUN, WAL JANNATU HAQQUN, WANNAARU HAQQUN, WANNABIYYUUNA HAQQUN,

WA MUHAMMADUN SHALLALLAAHU ‘ALAIHI WASALLAMA HAQQUN WASSAA’ATU HAQQUN. ALLAAHUMMA LAKA ASLAMTU, WA BIKA AAMANTU, WA ‘ALAIKA TAWAKKALTU, WA ILAIKA ANABTU, WA BIKA KHAASHAMTU,

WA ILAIKA HAAKAMTU, FAGHFIRLII MAA QADDAMTU, WA MAA AKH-KHARTU, WA MAA ASRARTU, WA MAA A’LANTU, WA MAA ANTA A’LAMU BIHIMINNII. ANTAL MUQADDIMU, WA ANTAL MU’AKHKHIRU, LAA ILAAHA ILLAA ANTA, WA LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAR

Artinya:
“Wahai Allah! Milik-Mu lah segala puji. Engkaulah penegak dan pengurus langit dan bumi serta makhluk yang ada di dalamnya. Milik-Mu lah segala puji. Engkaulah penguasa (raja) langit dan bumi serta makhluk yang ada di dalamnya. Milik-Mu lah segala puji. Engkaulah cahaya langit dan bumi serta makhluk yang ada di dalamnya.

Milik-Mu lah segala puji. Engkaulah Yang Hak (benar),janji-Mu lah yang benar, pertemuan dengan-Mu adalah benar, perkataan-Mu benar, syurga itu benar (ada), neraka itu benar (ada), para nabi itu benar, Nabi Muhammad saw itu benar, dan hari kiamat itubenar(ada). Wahai Allah! Hanya kepada-Mu lah aku berserah diri, hanya

kepada-Mu lah aku beriman, hanya kepada-Mu lah aku bertawakkal hanya kepada-Mu lah aku kembali, hanya dehgan-Mu lah kuhadapi musuhku, dan hanya kepada-Mu lah aku berhukum. Oleh kerana itu ampunilah segala dosaku, yang telah kulakukan dan yang (mungkin) akan ku lakukan, yang ku rahsiakan dan yang

ku lakukan secara terang-terangan, dan dosa-dosa lainnya yang Engkau lebih mengetahuinya daripada aku. Engkaulah Yang Maha Terdahulu dan Engkaulah Yang Maha Terakhir. tak ada Tuhan selain Engkau, dan tak ada daya upaya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.”

Dan setelah selesai membaca doa, sebaiknya dilanjutkan lagi dengan membaca istighfar sebanyak mungkin.

Bacaan Istighfar

Bacaan Istigfar

“ASTAGHFIRULLAAHALA AZHIIM. ALLADZII LAA ILAAHA ILLAA HUWAL HAYYUL QAYYUUMU WA ATUUBUILAIH”
Artinya:
“Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung,yang tak ada Tuhan selain Allah. Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri, dan aku bertaubat kepada-Nya”


Demikian Cara Solat Tahajud yang dapat kami sampaikan kepada anda, kami mohon maaf bila ada salah-salah kata dalam penyampaian cara solat ini. Kerana kami hanya manusia biasa, sekian dan terima kasih.

Share on Facebook Share on Twitter Share on Google Plus

About Nasihat Ustaz

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment

loading...