Anda tentu pernah mendengar tentang islah siapa cepat dia dapat bukan? Tentu ada kelebihan juga dari segi proses penurunan berat badan.
Sinaran mentari pada waktu pagi membantu kita untuk berasa lebih peka, bertenaga dan fokus dan mindset seperti ini diperlukan untuk menjadikan ia lebih mudah untuk anda menyesuaikan diri dengan rutin yang membantu anda berpegang kepada matlamat pengurangan berat badan anda.
Ada juga aspek psikologi yang harus kita lihat – jika anda bangkit pada waktu pagi sambil menyelesaikan separuh dari perkara yang harus anda lakukan pada hari tersebut, anda akan berasa lebih bertenaga.
Lakukan perkara berikut sebagai rutin harian anda pada setiap pagi dan anda boleh lihat hasilnya nanti.
1. Tidur Secukupnya
Sudah tentu anda tidak ingin bangun lambat dan terpaksa bergegas untuk ke tempat kerja. Namun begitu, memberikan diri anda anda setengah jam waktu tidur yang berlebihan boleh membantu memberikan sedikit kelainan pada hidup anda.
Tiada rehat yang secukupnya boleh menyebabkan anda makan dengan lebih banyak pada keesokan harinya.
2. Pendedahan Kepada Cahaya Matahari
Buka langsir yang menutupi tingkap anda dan tirai seawal mungkin jika boleh. Pancaran matahari boleh memberikan anda mood yang baik dan rasa bertenaga.
Kajian menunjukkan mendedahkan diri dengan sumber cahaya matahari boleh membantu menyelaraskan waktu tubuh anda agar metabolisma anda berfungsi secara lebih berkesan.
3. Sarapan Yang Tinggi Protein
Anda tentu kerap mendengar tentang pengambilan sarapan pagi yang sihat dan berkhasiat boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan yang tidak berfaedah selepasnya.
Namun dengan hanya mengambil karbohidrat kompleks sahaja tidak mencukupi untuk menandingi kombo karbohidrat-protein yang biasa anda ambil. Ia membantu anda untuk berasa kenyang dan menstabilkan tahap gula dalam darah.
4. Bersenam Waktu Pagi
Adakah diri anda dari kalangan mereka yang suka bersenam pada waktu pagi seperti berjoging di taman ataupun bersenam di rumah sambil menonton DVD?
Walaupun anda tidak melakukan perkara tersebut, hanya dengan 10 minit aktiviti yoga boleh membantu pengaliran darah anda untuk bergerak sempurna dan memacu metabolisma anda untuk membakar kalori.
5. Berjalan Ke Pejabat
Cuba untuk meletakkan kereta anda beberapa blok jauhnya dari bangunan pejabat anda dan berjalan menuju ke pejabat tanpa menggunakan bantuan bas ataupun tren.
Ia salah satu daripada cara terbaik untuk menggerakkan tubuh walaupun dalam ketiadaan masa untuk bersenam dan ia membantu anda untuk membakar kalori dan lemak.
0 comments:
Post a Comment