loading...

Tuesday, 23 August 2016

'Kalau Ada Tak Paham Apa-Apa, Boleh Emel Saya' - Budak ini Baru Berusia 11 Tahun & Fotonya Belajar Subjek Kimia di Universiti Jadi Viral


Pada usia 18 tahun, anda memulakan pengajian di universiti atau kolej dengan senang hati dengan mengetahui anda masih muda dan berada di landasan yang betul untuk berjaya.

Tetapi, ketika sedang khusyuk belajar di dewan kuliah, tiba-tiba anda terlihat seorang kanak-kanak 11 tahun sedang tekun menelaah mata pelajaran sama yang dengan anda.

Apa yang akan anda rasa di saat itu?

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, Daniel Liu, mula menarik perhatian ramai apabila fotonya menjadi viral di laman Twitter.

Foto tersebut dimuat naik oleh seorang penuntut di Universiti Toledo, Cigdem Kahyaoglu, 19, yang ketika itu sedang berada di dalam dewan kuliah untuk mengikuti mata pelajaran kimia yang diambilnya.

"Budak ini cuma berusia 11 tahun dan dia berada dalam kelas kimia organik saya. Dia kata kalau kami ada tidak faham apa-apa, cuma perlu emel kepadanya sahaja", tulis Cigdem dalam twit yang dikongsi sebanyak 78,000 kali itu.

Menurut Metro.co.uk, Daniel adalah seorang pelajar sekolah menengah tetapi dalam masa yang sama mengambil beberapa kelas di universiti tersebut.

Pada tahun lepas, Daniel juga pernah mengambil subjek kalkulus di universiti itu.

Sebelum ini, nama Daniel sememangnya sudah terkenal di dunia ilmiah yang diceburinya. Pada 2015, Daniel merupakan juara termuda dalam cabaran Chemical Educational Foundation's National Challenge. Cabaran itu menggalakkan kanak-kanak berusia antara 10 - 16 tahun untuk meneroka konsep kimia dan aplikasinya dalam dunia nyata.


Dalam pertandingan itu, Daniel berjaya meraih hadiah biasiswa sebanyak $10,000 (RM40,000).

Selain itu, Daniel Liu juga pernah bertemu dengan presiden US, Obama dan juga tokoh sains, Bill Nye.

Daniel Liu, dua dari kanan.

Tapi sayangnya Daniel tidak mempunyai akaun Twitter atau Facebook, jadi kita tidak boleh menjadi followernya.

Sumber : Chemed, Metro.co.uk

loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...