loading...

Tuesday, 23 August 2016

Atlet Olimpik Rio Ini Lelong Pingat Peraknya Untuk Bantu Kanak-Kanak Kanser


WARSAW - POLAND.  - Pemenang pingat perak dalam acara lempar cakera di Sukan Olimpik Rio 2016 bertindak melelong medal yang diraihnya demi membantu seorang kanak-kanak yang menderita kanser.

Atlet dari Poland itu, Piotr Malachowski, berkata hasil lelongan itu akan digunakan bagi menampung kos rawatan kanak-akan dari Poland itu, Olek Szymanski yang menderita kanser mata.

Ibu kepada Olek, Goshia meminta bantuan saya untuk menyelamatkan anak lelakinya yang baru nak masuk umur dua tahun. Di Poland tiada rawatan sesuai untuk menyelamatkan Olek... hanya ada di New York.

Jadi, saya putuskan untuk membantu Olek dan menjual pingat Olimpik saya ini demi menampung rawatan Olek,” kata Piotr menerusi satu kemaskini di Facebook.

Piotr menang pingat perak dengan rekod jarak 67.55 meter manakala pemenang pingat emas dan gangsa milik Jerman dengan catatan rekod 68.37 dan 67.05 meter.

Menurut Piotr juga, dia sedar bahawa memenangi pingat Olimpik merupakan impian setiap atlet, tetapi dia mahu nilai pingat perak itu menjadi lebih berharga dari emas dengan usaha tersebut.

Takdir menentukan saya berpeluang untuk meningkatkan nilai perak yang saya menangi ini lebih berharga dari emas.

“Di Rio saya berjuang untuk emas. Hari ini, saya mohon kepada semua untuk sesuatu yang lebih berharga... kesihatan kanak-kanak hebat ini,” katanya.

Atlet berusia 33 tahun itu turut mengajak orang ramai menderma dan membantu Olek dengan apa saja cara yang mereka mampu.

Tempoh lelongan itu akan berlanjutan sehingga Jumaat ini.

Sumber : Sinar Online


loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...